
Begitulah apa yang berlaku kepada Iran. Meskipun loji nuklear untuk penjanaan kuasa merupakan projek biasa di AS maupun Eropah tetapi bagi Negara yang berstatus Negara Islam ia menjadi luar biasa.
Bagaimana dengan kapal selam nuklear terbesar di Britain yang akan dilancarkan di Barrow-In-Furness esok.
BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.
Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.
Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.
Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.
Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo berat Spearfish.
Kenapa ia sunyi sepi. Sebab ia dibuat di Britain. Negara yang mempunyai kuasa veto. Antara negara polis dunia. Siapa yang peduli tetapi kalau Palestine melancar roket buatan sendiri daripada tiang elektrik, sabun, bahan peledak dari baja dan sebagainya… heboh sedunia dan menghalalkan Israel untuk menyerang balas. Itulah namanya HAM (Hak Asasi Manusia) dan Demokrasi menurut takrif barat. Dan itulah takrif yang diguna-pakai diseluruh dunia termasuk Negara-negara Islam bekas jajahan barat. Mereka mendesak pilihanraya. Demi kebebsan dan suara rakyat tetapi apabila FIS menang di Algeria dalam pilihanraya umum lalu mereka merampas kuasa. Apabila Hamas menang dalam pilihanraya Palestine mereka sekat serba-serbi dan mereka tidak mengiktiraf meskipun itu adalah pilihan rakyat.

Inilah sistem dan negara serta mahkamah beruk. Kuasa berada ditangan maharaja beruk. Ia kembali kepada sistem dan undang-undang rimba. Siapa kuat dia berkuasa. Bila lagi Islam ingin kembali berdaulat agar manusia kembali kepada status insan yang selari dengan khilafah dan sebagai keturunan Adam a.s, wakil Allah swt diatas mukabumi ini. Mengatasi pemerintahan jin dan iblis yang melakukan kerosakan dan mengikut hawa nafsu semata. Menjatuhkan status mereka sama seperti haiwan. Tanpa aqal dan fikiran.
Semoga diselamatkan umat Islam daripada fitnah perosak dunia dan fitnah dajjal.
No comments:
Post a Comment