Saya   dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac   2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari   Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan   bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa  dengannya di Hotel De Palma Ampang jam  4 petang hari itu, sebelum  dibawa di dalam sebuah kereta yang lain.  Kereta itu dipandu oleh dua  orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo  Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan  Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah  menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya  tadi.
Saya  duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara  Dato’ Eskay Shazril  Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi  duduk di atas katil di  belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’  Eskay Shazril Abdullah  mula bercakap dan mengatakan bahawa saya  (“Johari Abdul”) adalah ahli  Parlimen yang pertama akan menyaksikan  tayangan video yang sedang mula  dimainkan itu. Dia juga meminta  pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar  Ibrahim.
Sepanjang  tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah  menjadi suara  latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia  menyentuh bagaimana  cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas  perlakuan berakhir  mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan  yang besar.  Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar  Ibrahim  sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes  liwat  pertama tahun 1998 dulu. 
Dia juga mendakwa bahawa dia  selalu  membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya   kejadian itu  dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini   perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya,   setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik   itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim   sementara dia (Dato’ Eskay)  menggunakan bilik bersebelahan. Dalam  percakapan seterusnya, dia  menyatakan kebimbangan kononnya  rakaman-rakaman video seperti itu telah  dipunyai oleh pihak perisikan  Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby  Chik  kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’  Seri  Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa  Dato’  Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak  layak  menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video  tersebut, Tan  Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya  saya  meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji  untuk  bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun  Razak.  Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan  segala  keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim  Thamby Chik juga  cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih  ramai Ahli  Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar  parti. Dia  meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN  ini. Saya  tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang  dibuat.
Selepas  itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan  rapat saya itu. Di dalam  lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau,  bahawa setelah menonton  keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa  orang di dalam video itu  bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1.   Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang  menguruskan  rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar  Ibrahim  masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’  Seri Anwar  Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil  sesiapa yang  waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2.  Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu  pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih;  menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5.  Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan  jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan  perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas   itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli   Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa   dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan   seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330   petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan   menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa   perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan   oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini   diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah   satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011 
No comments:
Post a Comment