Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana  menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang  didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur  di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki  rakaman itu, terus kekal misteri. Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis.
Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih  kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam  situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.
Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin  pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam  rakaman video yang dimiliki Datuk T.
Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia  merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an. Ketika muncul di  Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan  perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video  dijalankan.
Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali  mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut  mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang  hadir.
Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'.
No comments:
Post a Comment