Wednesday, October 13, 2010

“Saya bukan calon Galas”

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.

“Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN.

“Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengu- ndi ialah pada 4 November.

No comments:

Search This Blog