Ramai rakyat terengganu merasa kemaluan yang sangat besar kerana kebodohan sepuluh budak hitam bermain pondok pondok dalam dewan undangan negeri Terengganu. Tiga orang kena ugut sepuluh yang terketar ketar. Inilah gambaran pemikiran wakil wakil yang dipilih untuk membela rakyat. Muncul sekali sekala dengan bahan lawak jenaka untuk rakyat Terengganu. Yang paling aneh bagi kita, kenapa bila tiga orang diugut, sepuluh pula yang hendak tukar MB?
Siapa yang berada di belakang tabir? Siapa yang merancang dan apakah agenda disebalik semua perancangan? Umum semua mengetahui bahawa Ahmad Said adalah pilihan istana. Ahmad Said adalah kesimpulan keamanan bagi pergolakan antara istana dan Idris. Kenapa pergolakan ini cuba ditimbulkan sekarang?
Puas otak cuba mencari kesimpulan dari peristiwa boikot dewan ini. Akhirnya macam dapat satu kesimpulan bahawa yang dituju adalah Najib. Ada tangan tangan ghaib cuba memeningkan kepala Najib. Idris tau dia tidak mungkin dapat merampas kembali tampuk kuasa dari Ahmad Said. Tetapi sekurang kurangnya dia dapat menjalankan agenda orang lain untuk memeningkan kepala Najib.
Dulu pihak Najib yang memeningkan kepala puak ini. Sekarang puak ini pula cuba memeningkan kepala Najib. Tidak mustahil negeri negeri lain pulak akan bergolak selepas ini. Politik berpuak dan tradisi membalas dendam ini memang dah sebati dengan UMNO. Peristiwa ini hanyalah secebis manifestasi dari dendam dan puak. Natijahnya adalah rakyat. Deritanya adalah rakyat. Nyatalah UMNO tidak pernah berubah dan tidak pernah ikhlas untuk membela rakyat
Ada pemimpin yang kecewa kerana diketepikan. Tidak seperti yang dijanjikan sebelum warisnya menyerahkan takhta. Belumpun penyerah takhta turun dari pentas, dia telah dihina sedemikian malu. Jadi, perancangan perlu dilakukan bermula dari sekarang. Pendekkan tempoh pemerintahan Najib. Jadikan negara terumbang ambing. Malukan Najib dengan apa cara sekalipun. Langkah pertama telah bermula di Terengganu. Negeri negeri lain akan menyusul selepas ini.
Najib harus sedar hakikat ini. Lawannya tidak akan berdiam diri begitu sahaja. Yang pasti, siapapun yang berlawan, rakyat sentiasa kalah dan menjadi mangsa. MALANGNYA RAKYAT MALAYSIA
No comments:
Post a Comment