Wednesday, February 4, 2009

Terbentuk Jugakah Kerajaan Lompat...

Jam 5.06 petang, Malaysiakini melaporkan BN cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Semua orang menunggu dengan debar apa hasil pertemuan Nizar dengan Sultan Perak. Saya seolah-olah ingin terbang ke Istana Kinta untuk mengikuti perkembangannya dari dekat.

Kata penyair Arab, 'Wahai beburung, siapakah yang sudi meminjamkan sayapnya kepadaku, untuk ku terbang menemui orang yang ku rindu".
Saya bukan merindui penghuni Istana Kinta, tetapi saya merindui sebuah kejujuran.
Sayang, kejujuran itu seperti terampas.
Siapa perampasnya?Siapa lagi kalau bukan ahli-ahli politik yang rakus dan tamak kehidupan dunia yang serba fana ini.

Kalau BN berjaya membentuk kerajaan Perak hasil lompatan penuh simpang-siur ahli-ahli politik 'perampas' kejujuran dan rakus itu, terasa lidah bagai tersimpul.
Tetapi sebagai langkah 'mujamalah', dengan hati yang berat, diucapkan juga tahniah. Tahniah ini bukan kepada Najib dan kepada bakal MB Perak yang baru.
Tetapi tahniah kepada mereka yang lompat kerana anda semua telah berjaya menjadi.. pengkhianat.

1 comment:

taipingmali said...

Ya pengkhianat kepada pengkhianat adalah jihad.

Nasib baik Anwar Al-Jub gagal dalam menubuhkan kerajaan lompat pada 916. Kalau tidak Pemuda berkata tahniah. Tercapai juga hasil usaha murni untuk menubuhkan kerajaan pilihan rakyat dan lagi bla bla bla bla./.

Search This Blog