Friday, February 6, 2009

PAS dapat manafaat dari krisis Perak?



"
 Akhirnya BN dapat menguasai semula Perak walau apapun cara yang digunakan ianya tidak penting bagi mereka kerana umpan telah mengena. Strategi umpan-mengumpan, culik menculik dan sebagainya telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan BN untuk menguasai kerajaan Negeri Perak.

Akhirnya hari ini BN akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Apa yang ingin saya perkatakan disini betapa UMNO berjaya memanupulasi akan keadaan di Perak dibawah pentadbiran PR hanya kerana ADUN ADUN dari PKR dan DAP yang tidak berprinsip dan bermaruah.


Walau apa cara sekalipun yang digunakan oleh UMNO untuk memancing mereka ini, nampaknya hanya ADUN dari PAS saja yang nampak lebih istiqamah dan berprinsip. Walaupun YB Nizar dari PAS sebagai MB Perak, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyekat strategi UMNO (Najib) untuk mendapatkan ADUN dari DAP dan PKR dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Rakyat negeri Perak memerhatikan senario politik yang berlaku sekarang ini dan sudah mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin. Sebenarnya dalam pemilihan untuk memilih pemimpin orang islam perlu takut dosa dan pahala. Jangan main hentam saja pilih wakil rakyat dan kesudahannya sudah dapat dilihat. Jangan timbulkan soal Sultan Perak telah membuat keputusan yang silap dalam perkara ini. Yang silap adalah rakyat, terutama orang melayu islam , kerana tidak pernah takut dosa pahala dalam memilih pemimpin yang tidak memenuhi kriteria yang dimahukan dalam islam.

Saya pasti mulai sekarang rakyat Perak khususnya orang melayu melihat bagaimana berprinsipnya pemimpin PAS dalam berpolitik. Kepentingan agama dan rakyat menjadi keutamaan kepada wakil rakyat PAS dan tidak mudah dijual beli oleh pemimpin UMNO, walaupun ada ura-ura untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO untuk penubuhan kerajaan campuran di Perak selepas PRU 12 dulu. UMNO telah dikenali dengan kehandalan menerima rasuah baik diperingkat parti mahupun kerajaan. Tetapi calon atau wakil rakyat PKR juga sebahagaian besarnya berasal dari UMNO masih mempunyai ciri-ciri untuk menerima dan memberikan rasuah untuk mendapat kesenangan dalam dunia politik . Semua ini berlaku kerana mereka tidak dipilih dikalangan yang berprinsip dan takut akan Allah. Sebab itu bila berlaku kes seperti di Perak ini, tidak menghairankan bahawa wakil rakyat PKR masih mempunyai ciri-ciri buruk yang di warisi dari UMNO.

4 comments:

Cheguman said...

Saya sering merasakan yang Nizar tu orang PKR. Tak nampak macam PAS pun...!

taipingmali said...

tuan, Yang memerintah Perak bukan Pas tetapi Dap. Sultan pilih Nizar supaya dia menjadi ketua kerajaan yg memiliki kuasa executive. dan Nizar sepatutnya bijak bermain politik dengan Dap dan Pkr. Tetapi Nizar lemah dan kurang bijak. Akibatnya dia dimainkan. tidak ada suara dan kuasa. Dia patut belajar dari MB AZizan Kedah.

Rugilah Pas, tak bijak menjada kuasa. akhirnya di permainkan oleh Dap juga., Pas yang memekik di jalanan dan Masjid Ubudiah, sedangkan Dap melihat dari jauh.

Cheguman said...

prepa Saya setuju dengan taipingmali. Saya sebenarnya ternanti-nanti sentuhan berhikmah daripada Nizar sepanjang menjadi MB. Namun saya agak kecewa dgn beberapa tindakan beliau yg kurang hemah sehingga merugikan orang Islam.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Kenapa Melayu dilahirkan sebagai bangsa penakut?

Search This Blog