KUALA LUMPUR [12.35 pm] - Koperal Sirul Azhar Umar (foto) dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah. Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan. Tertuduh kedua dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar, dalam nada sebak memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah "kambing hitam" untuk menutup rancangan pihak berkenaan yang tidak berada dalam mahkamah. Sirul berkata, beliau tidak mempunyai sebab untuk mencederakan wanita Mongolia itu, apa lagi membunuhnya dengan kejam. Sehubungan itu, beliau merayu mahkamah tidak menghukum beliau kerana keputusan itu hanya menyempurnakan perancangan jahat pihak berkenaan terhadap dirinya. Sirul Azhar, 33, dan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 37, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.
Wednesday, February 4, 2009
Sirul Akui Beliau Dijadikan Kambing Hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tukar tajuk??
sekarang tgh panas pasai nak tukar kerajaan di Perak hang pi tukar tajuk....satu lagi tajuk anwar ke mahkamah 5 februari ini....Dia ingin menikam Pas, dan Pas kena bunuh Anwar
Post a Comment