Azamin Amin Thu | Feb 05, 09 | 9:59:13 am MYT | |
IPOH, 5 Feb (Hrkh) - Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mendapat sokongan majoriti Dewan, dan bukannya Pengerusi Umno Negeri Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengadap Sultan Perak Raja Azlan Shah bagi proses pembetukan sebuah kerajaan negeri yang baru yang kononnya akan berada di bawah Barisan Nasional (BN). Dari segi proses dan prosedur, Najib jelas mencabuli urusan undang-undang tubuh negeri dan institusi rara-raja melayu apabila tanpa sebarang kapisiti terus bertemu Raja Azlan sedangkan beliau tiada sebarang kaitan dengan urusan Dewan undangan Negeri. Demikian ulas Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar berhubung situasi mutakhir yang berlaku di Perak ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Katanya beliau merasa sangsi dengan tindakan tergesa-gesa Najib mengumumkan secara terbuka bahawa kerajaan Perak dikuasai BN tanpa menunggu terlebih dahulu restu dan perkenan Sultan Perak. "Apa muslihat Najib yang tidak mengikut proses undang-undang malah mempunyai agenda tersendiri untuk membelakang perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak. "Yang layak bertemu Sultan ialah Adun yang mewakili majoriti dewan bukannya seorang ahli parlimen yang tiada kaitannya dengan kerajaan negeri ini," katanya. Katanya insiden ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dan amat memalukan bagi seorang yang dicanang sebagai calon Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi BN sendiri pun tidak 'mencampuri' urusan istana dan negeri Perak. "Tindakan Najib ini menunjukkan Adun-adun yang kononya akan kuasai Perak tidak mendapat sokongan Dewan, apatah lagi daripada majoriti rakyat negeri Perak. "Cara terbaik untuk memastikan mendapat sokongan baru, sewajarnya Dun dibubarkan dan serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar bersih dan berwibawa di samping membentuk kestabilan politik yang lebih utuh," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.- azm _ |
Thursday, February 5, 2009
Najib bertindak, umum terburu-buru tanpa dapat perkenan Sultan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment