Oleh ruhan
"Walaupun tidak ramai yang terbongkang akibat tindakan Lembaga Disiplin UMNO, rakyat semakin yakin parti itu dihantui pemimpin yang rasuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi wajib mengambil keputusan menyahkan UMNO dalam peta politik negara kita yang tercinta ini, tidak kira Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK). Berikanlah tanda noktah kepada UMNO berbuat onar kepada rakyat yang mempercayai mereka selama ini. Kita tidak mampu lagi berbuat silap. Setiap kesilapan kita akan dihukum oleh pemimpin UMNO yang tidak berhati perut.
Tembolok dan kocek mereka sentiasa penuh. Rakyat hina dina di desa dan pedalaman yang terlalu setia kepada UMNO tetap juga hidup dalam keperitan. Harga barang terus melambung. Harga komoditi pula terus menjunam. Sampai bila penghuni desa dan pedalaman yang tidak pernah mengecapi nikmat kemerdekaan mampu menahan derita tanpa pembelaan yang berkesan?
Tidak kira di mana anda berada, tolak UMNO/BN. Jangan diberi muka kepada petualang-petualang itu. Setelah diberi kesempatan selama lebih daripada 50 tahun, mereka hanya menjadi penghisap darah.
Dari lebih daripada 900 aduan, hanya dua raksasa yang masuk lubang dan tak sampai dua ratus kes yang dapat diselesaikan. Inilah sandiwara mereka. Tidak ada siapa yang siuman di Malaysia ini yang boleh menerima semua kes tertunggak itu palsu semata-mata. Hakikatnya, ahli-ahli mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan sendiri yang mengiyakan betapa busuk dan membusungnya rasuah dalam UMNO, bukan orang di luar UMNO.
Seorang calon Timbalan Presiden UMNO didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Anehnya, dia hanya tidak dibenarkan bertanding. Tidak digantung keahliannya dan tidak payah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Sebelum ini, Isa Samad terlepas jawatan menteri. Nampak sangat hukuman dalam UMNO tidak konsisten.
Seorang calon Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan boleh bertanding. Bagi UMNO, rasuah ada kasta. Orang kasta tinggi yang buat rasuah seperti menantu PM hukumannya ringan. Orang kasta rendah seperti pemimpin bahagian dan AJK hukumannya berat, sampai tiga tahun pun ada.
Apa-apa juga yang akan dikatakan oleh kedua-duanya tidak akan diterima oleh rakyat yang memberi amanah kepada mereka. Perasuah tetap bersalah. Jenayah ini perlu disiasat oleh SPRM. Rakyat ternanti-nanti tindakan yang akan diambil kepada pesalah yang telah dimuktamadkan itu.
Sukar bagi rakyat Malaysia mempercayai kata-kata yang terkeluar daripada mulut pemimpin-pemimpin ini. Hanya orang yang tidak mampu berfikir sahaja yang akan mempercayai mereka.
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BATANG AI!
Masihkah anda hendak menyokong BN setelah tembelang parti terasnya, iaitu UMNO terbongkar?
JANGAN PERJUDIKAN NASIB ANDA!!!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
No comments:
Post a Comment