Wednesday, March 18, 2009

apa kata SPRM pasal kes Ali Rustam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan ke atas calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO hari ini atas kesalahan politik wang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat asas untuk berbuat demikian selain perlu menunggu laporan daripada lembaga tersebut.

"SPRM perlukan maklumat yang ada asas untuk kami jalankan siasatan. Setakat ini, Lembaga Disiplin UMNO tidak memberi sebarang aduan atau maklumat berkaitan kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM selepas Mohd. Ali didapati bersalah atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, di sini hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati Mohd. Ali bersalah mengikut Perkara 10.1, Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Berikutan itu, Mohd. Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi anggota UMNO yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO, termasuk Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tetapi hanya diberi amaran.

pemuda cheh-

alasan SPRM kena ada aduan baru boleh mulakan siasatan. kenapa bila bertimbun aduan rasuah kes pembelian kapal selam dan sukhoi dibuat tapi masih tak mulakan siasatan??? kenapa berguni aduan rasuah bekas menteri besar selangor yang di buat sejak sebelum SPRM tukar nama masih tak di siasat??? mungkin pejabat SPRM dekat dengan pejabat PM dan TPM, sebab itulah tak boleh nak siasat...kalau nak siasat kena minta perkenan dulu....maklumlah nanti kena marah pulak. lagipun, periuk nasi kena jaga juga. silap-silap haribulan nanti kontrak tak sambung...nak kerja apa lah pulak. tambahan sekarang ini musim ramai orang kena berhenti kerja.

No comments:

Search This Blog