Sekali imbas, Dr Mahathir semacam menegur Najib: Kalau hang lantik ahli kabinet yang rasuah, aku akan jatuhkan hang! Begitulah lebih kurang bunyinya. Tapi kalau dihalusi membayangkan bahawa dia sangat sayang kepada Najib.
Dia sayang kepada Najib dan sebab itu dia tak tegur kesilapan-kesilapan Najib secara personal. Mahathir semacam tak tahu bahawa rakyat dah "menyampah" kat Najib ni. Apabila Najib dilantik untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN dalam PRU-12, rakyat ambil 5 Negeri dari BN, dan sapu hampir bersih di WP, dan hanya kekurangan 4 kerusi di Negeri Sembilan.
Kenapa? Rakyat menyampah kepada Najib, kenapa? Najib dikaitkan dengan bermacam-macam skandal yang tidak dapat dikikis dari pandangan rakyat. Rakyat tidak mahu pemimpin yang dikaitkan dengan begitu banyak skandal.
Mari pulak Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Najib lagi menjadi Pengarah Pilihanraya BN. Rakyat tolak Najib langsung BN, menjadi mangsa calon-calon BN kerana rakyat tolak Najib.
Ni nak datang pulak, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kalau Najib juga menjadi Pengarah Pilihanrayanya, rakyat akan tolak juga calon-calon BN, kenapa? Kerana Rakyat menyampah kepada Najib.
Najib sudah menjadi beban Negara. Rakyat banyak menyampah kepadanya, tetapi UMNO ambik orang macam ni, apa nak buat? Makin kelabu asap BN akhirnya!
Mahathir kata Najib bagus dari segi pentadbiran, tapi tak tau politik, dia naik kerana nama ayahnya yang disanjung. Balik-balik dari England, dia diangkat dari atas; dia tak tahu politik akar umbi, kerana dia tak datang dari akar umbi.
Betul. Najib masuk politik kerana sanjungan UMNO kepada ayahnya. Najib mana pernah berpolitik sebelum itu? Mana pernah dia berhujan dan berpanas kerana politik? Mana pernah dia berjuang dari peringkat bawah? Mana dia tau tentang kemiskinan, penderitaan, dan kesusahan?
Najib bermain dengan cara politik orang kaya, yang dia tahu ayahnya PM, dia belajar dari kecil hingga ke universiti di England, tak pernah susah, tak pernah merasakan kepedihan hidup, tak serupa dengan ayahnya yang bergerak dari bawah, yang berkempen dari kampong ke kampong, dari bendang ke bendang, menyusun rakyat jelata untuk memperjuangkan hak mereka dan memerdekakan tanahair.
Najib? Dari anak orang senang (PM) belajar di England dengan serba benda cukup, hidup mewah, balik ke Pekan terus jadi Wakil Rakyat.
Bila dah jadi orang besar, macam-macam skandal dikaitkan dengan dirinya, tapi dia semacam ada kekebalan. Tak pernah polis dan sprm nak siasat! Tak apalah, kamu ada kuasa, tunggulah kalau tak didunia, kamu akan diadili di akhirat!
Malang sungguhlah bagi Malaysia. Skandal kes Altantuya sudah menjadi kritikan dunia apabila surat khabar Perancis mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib. Jadi kenapa Najib tidak mahu kes ini disiasat secara profesional. Kalau tak terlibat, apa nak ditakutkan? Tapi nak harap pdrm siasat, siapa nak percaya lagi, kes Kugan dan Bala sudah membuktikan! Kalau nak siasat kena ambil penyiasat peringkat antarabangsa yang benar-benar berkecuali.
Kalau siasatan seumpama ini dijalankan, dan kalau siasatan itu kata Najib tak terlibat, aku bersumpah akan mempertahankan Najib dari segi kes Altantuya ini, tetapi selagi ini tidak dilakukan, aku tetap akan usik Najib ini, bukan kerana aku benci dia, tapi aku tak mahu orang yang berskandal duduk sebagai orang No. 1 Negara.
Sesunggunya, aku pernah bertugas dibawah Tun Razak selepas bertugas dibawah Tunku Abdul Rahman. Aku tau jugalah sedikit sebanyak latar belakang Tun Razak dan keluarganya walaupun keluarganya tak tau aku! Aku kadang-kadang bertugas di Seri Taman, termasuk Sabtu dan Ahad, dan bertugas juga di Parlimen (siapa tak kenal Tun Razak, manusia besi didalam menjalankan tugas-tugas Negara, dia semacam tak tahu letih dan tak tahu rehat!).
Mahathir terus melontarkan anggapan sinis terhadap Abdullah, dia semacam tak percaya bahawa Abdullah akan melepaskan jawatan PM apabila jawatan Presiden UMNO terlucut darinya. Kan Dollah dah jumpa Anwar. Entah apa-apa yang dibincangkan oleh mereka berdua tu?
Kalau Dollah tak nak lepaskan jawatan PM, mana ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kata PM tu mesti datangnya dari Presiden UMNO? PM adalah seorang wakil Parlimen yang mendapat sokongan majoriti dari wakil-wakil Parlimen, apa kata kalau sebahagian dari ahli Parlimen BN sokong Pak Lah dan kesemua ahli-ahli Parlimen Pembangkang sokong Pak Lah? Najib tak boleh jadi PM! Betul juga kata Mahathir tu, harap-harap kata Mahathir tu menjadi kenyataan!
Mahthir juga cakap fasal Raja. Dia kata BN terlalu gopoh di Perak, tak ikut saluran yang betul, tak ikut undang-undang, dan katanya kalau Raja boleh gugurkan seorang PM atau MB, maka susahlah politik kita. Kenapa susah? Politik ni adalah hak rakyat, dan rakyatlah yang menentukan kehendak politik mereka.
Nampaknya, Mahathir tetap mempertahankan Pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh UMNO semasa pentadbirannya, bahawa Raja kena ikut Perlembagaan dan Undang-Undang. No one is above the law!
Annuar Musa dari Kelantan mahu Kuasa dan Imuniti Raja dikembalikan semula seperti juga ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongress PKR di Shah Alam dulu. Nampaknya unjuran Anwar sudah mula diterima oleh UMNO. PKR yang difitnah sebagai "menderhaka" oleh gerombolan bodoh dari UMNO, rupa-rupanya membela Raja, tetapi UMNO yang menolak kuasa Raja.
So, apamacam Mahathir. Hang dah tolak kuasa dan imuniti Raja dengan gerombolan UMNO hang dulu, adakah Najib akan mengembalikan Kuasa dan Imuniti Raja? Kalau Najib kembalikan Kuasa dan Imuniti Raja bermakna Najib tolak hang lah Mahathir, dan Najib ikut cakap Anwar!
Kita tengoklah perkembangan seterusnya, tapi aku tetap tolak Najib!
No comments:
Post a Comment