Oleh PakaLOLO
"1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya
(meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali
atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan
oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia
keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan
berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w.
bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.),
datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah
s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu
Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya
Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat
melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan
untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari
Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung
suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka
dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya
ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan
seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika
terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam
laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada
suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari
Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian
diikat kebelakang tengkoknya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w.
ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah
s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika
engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau
membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini
ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya
tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan
2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat
Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah
s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja
rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang
didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang
mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu
dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu
mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan
lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam
selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh
badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang
haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata
kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku,
kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau
kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat
perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan
memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia
dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah
benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan
janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya
memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-
baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah
pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah
mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada
suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk
jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah
atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak
mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika
suamiingin masuk.
f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak
disukaioleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan
berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung
padaredha atau tidaknya suami padanya."
No comments:
Post a Comment