Monday, March 16, 2009

Sejak kudeta politik di Perak terus gelora - Dato' Fauzi


BESUT, 16 Mac (Hrkh) - Impian rakyat Perak mahu sebuah kerajaan yang stabil kini hanya tinggal angan-angan setelah kudeta dibiarkan berlaku di negeri tersebut pada 5 Febuari lalu.

Sejak tempoh itu suasana aman yang mereka nikmati sebelum ini menjadi semakin rapuh apabila kerajaan sah dipilih rakyat ditumbangkan melalui rampasan kuasa.

Ketua Perhubungan KeADILan Pahang, Dato� Fauzi Abdul Rahman berkata, sejak peristiwa hitam itu suasana tenang seperti dinikmati sebelum itu tidak lagi wujud.

"Biar pun Timbalan Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Razak mendakwa keadaan politik negeri Perak kini stabil di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan itu merupakan satu pembohongan, macam mana hendak dikatakan stabil kerana kedudukan Adun Pakatan Rakyat dan BN sama banyak iaitu 28 kerusi," katanya satu program ceramah di Kampung Tok Sabuh di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, BN tidak mampu untuk bergantung kepada tiga bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat memandangkan Speaker telah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong berdasar kepada surat akujanji yang mereka tandatangani sendiri.

"Manakala Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam lagi anggota Exco kerajaan yang baru dilantik selepas rampasan kuasa telah digantung menghadiri persidangan Dewan," katanya.

Malah kata beliau berjayakah BN mengemukakan undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar kerana ia perlu mendapat kelulusan Speaker terlebih dahulu.

Oleh itu, katanya sampai bila pun masalah politik di Perak tidak akan selesai.

Fauzi yang juga bekas anggota Parlimen Kuantan menyifatkan ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat parti sebagai manusia yang tiada prinsip.

Beliau juga berkata, tindakan Perdana Menteri, Dato' Abdullah Ahmad Badawi menaikkan minyak sehingga hampir 80 sen seliter tahun lepas merupakan suatu kesilapan besar apabila harga barangan tidak turun biar pun harga minyak sudah kembali ke paras asal.

Menurut kesilapan tersebut mengundang padahnya sekarang apabila harga barangan keperluan harian tetap mahal biar pun harga minyak sudah diturunkan.

"Kerajaan pada masa itu boleh mengekalkan harga minyak dengan menggunakan �sebahagian daripada keuntungan diperolehi Petronas iaitu sebanyak RM2.5 bilion sebagai subsidi.

"Dan lebih melucukan pula kerajaan terpaksa menanggung rebet tunai kepada pemilik kenderaan sehingga melibatkan peruntukan hampir RM8 billion jauh mengatasi jumlah subsidi yang ditarik balik," ujarnya

No comments:

Search This Blog