Friday, March 20, 2009
Rasuah Ali Rustam(bunuh tikam 20kali) Dan Khairy(bunuh tikam sekali)
"Bila wartawan kemuka soalan kepada Tengku Ahmad Rithauddeen kenapa hanya Ali rustam je yang kena sebab Khairy pun rasuah jugak? Dia jawab macam kes bunuh jugak, yang bunuh tikam dua puluh kali dengan tikam sekali tentulah tidak sama hukumannya. Jawapan yang selamba dan rasa 'macam cerdik' para pemimpin UMNO.
UMNO ni kalau dah namanya UMNO memang UMNOlah. Tak cerdik cerdik. Dari penyokong bawahan sampai ke pemimpin yang 'terer terer'. Yang kena hukuman pun sama yang tukang hukum pun sama. Bunuh tetap bunuh. Yang mati tetap mati. Yang salah tetap salah. Ada ke yang boleh kasi ampun. Kalau lepas maknanya tak bersalah. Atau tidak disabitkan dengan kesalahan. Apa nak berbelit belit.
Ahmad Rithauddeen kata, "Sama ada pekerjanya melakukan kesalahan membabitkan politik wang atau mengadakan jamuan makan". Ada ke sesiapa dari pemimpin UMNO tidak mengadakan jamuan makan untuk tarik undi? Ada ke pemimpin UMNO tidak beri apa apa imbuhan kepada sesiapa untuk tarik undi?
Lepas tu Ahmad Rithauddeen bagitau pulak Ali boleh buat rayuan. Kalau Ali merayu apakah akan diberi ampun? Kalau dah diberi ampun, jika sekiranya dia menang macamana? Atau nanti kalau khairy menang macamana? Kalut ribut pulak puak puak mukhriz dan puak puak yang kalah. Jom ketawa...hahahaha..UMNO memang melucukan. UMNO memang tidak perasan dia adalah parti lawak jenaka. Parti Sarkas. Parti pencacai yang masih merasa megah dia masih mampun mentadbir negara. Padahal sesama sendiripun tak boleh percaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ade sorang tu mati badan hancur berkecai kena C4, camne hukumannya ikut teori ni?
yang tu...kena gantung 3 tahun ...boleh bertanding, tapi jawatan ketua cawangan saja...sebab mayat dah hancur.
Musnahkan Pentadbir SMK Pintu Geng!!!, http://faqihpolitician.blogspot.com/
Post a Comment