keputusan telah dibuat oleh lembaga disiplin UMNO. ada yang bersalah kerana terlibat politik wang(sebenarnya rasuah) tapi hukumannya lain-lain. ada yang tak dibenarkan bertanding, ada yang boleh bertanding dan ada yang kena gantung keahlian dan tak boleh bertanding. pokoknya, kalau dah bersalah kerana terlibat dengan rasuah, kenapa masih ada yang hanya di beri amaran. semua orang tahu rasuah itu salah dari segi undang-undang UMNO mahupun undang-undang negara. tapi bagi orang UMNO kalau melakukan rasuah dalam parti semasa berkempen tidak dikira bersalah disisi undang-undang SPRM. tak tahu lah definasi rasuah dalam UMNO macamana, sebab rasuah dalam UMNO pihak SPRM tak boleh bertindak. kalau bersalah pun hanya lembaga disiplin UMNO saja yang boleh siasat dan jatuh hukumannya.
semua sudah tahu salah seorang yang bersalah tu adalah ketua menteri negeri hang tuah. tak tahu lah lepas ni ketua menteri ini akan masih jadi ketua menteri atau akan diarah supaya meletak jawatan seperti menteri besar perak kerana alasannya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. sebab kalau nak ikutkan kesalahan rasuah ni, memang berat, tambahan pula yang melakukannya seorang ketua menteri. apakah orang melaka sanggup berketuakan seorang yang mengamalkan rasuah. atau mungkin orang UMNO memang jenis yang suka mempunyai ketua yang kaki rasuah.
yang bersalah tapi hanya diberi amaran dan masih boleh bertanding, apakah masih ada orang yang nak kan seorang pemimpin yang macam ni. apakah boleh dipastikan selepas pemimpin jenis ini dipilih perkara jijik ini tak akan berulang. atau benar seperti kata mahathir orang UMNO mudah lupa. lepas dapat habuan akan lupa segala-galanya.
tapi orang-orang UMNO ni tak fikir semua tu. yang penting bagi mereka hanyalah wang. waktu pemilihan inilah masanya untuk penyokong-penyokong membuat duit. ada yang akan diberi tunai dan ada yang dijanjikan projek. bagi pihak yang bertanding yang penting hanyalah untuk menang kerana dengan jawatan itu nanti mereka akan dapat membuat kekayaan yang lebih lagi. kalau tak percaya lantiklah juru audit bertauliah dan cuba periksa kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO dari ketua bahagian hinggalah kepada presiden nya.
wahai orang-orang UMNO...nak tunggu apa lagi....berubah lah..terutama yang jadi ahli-ahli biasa..apa yang anda dapat dengan mendokong parti yang penuh dengan rasuah ini? apa yang anda dapat dengan memilih perasuah menjadi pemimpin anda? pemimpin yang hanya tunjuk muka waktu pilihanraya dan pemilihan parti. pemimpin yang hanya perlukan anda diwaktu untuk dapatkan kuasa. bila dah dapat kuasa digunakan untuk membuat kekayaan untuk diri sendiri dan kroni. apa yang anda dapat? berubahlah......
No comments:
Post a Comment