Walaupun tinggal kurang lebih 18 jam lagi untuk berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang pasti ditunggu ramai, persiapan rapi telah pun dilakukan sejak awal pagi tadi. Antara yang menarik perhatian ialah raptai penuh pembukaan sidang yang bermula pagi esok yang dilaporkan turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar pagi tadi. Difahamkan Sidang Dun Perak yang dijadualkan berlangsung pada esok, 7 Mei akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah. Dalam pada itu, dilaporkan beberapa buah trak serta pasukan FRU turut kelihatan di sekitar perkarangan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) namun kawalan keselamatan masih lagi ditahap biasa. Polis dijangka akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sekitar bangunan SUK dan tidak membenarkan orang awam serta rakyat negeri Perak mengikuti sidang Dun esok. Sebelum itu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan arahan kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat melarang membawa penyokong masing-masing 'bagi mengelakkan sebarang kerumitan'. Arahan yang dikeluarkan daripada pejabat Dato' Abdul Rahman Hashim itu antara lain menyebut:"Untuk mengelakkan sebarang kerumitan, Yang Berhormat Datuk, tuan-puan tidak dibenarkan membawa pemerhati. Segala kerjasama amat dihargai, terima kasih." Dalam kad undangan kepada Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, turut disertakan aturcara majlis istiadat pembukaan rasmi penggal kedua persidangan Dun oleh Sultan Perak, Khamis ini. Sementara itu pihak polis juga telah melarang orang ramai berhimpun berdekatan Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan Dun, bagi menghalang menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan. |
Wednesday, May 6, 2009
Speaker hadiri raptai, FRU kawal SUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kita tunggu dgn penoh debaran dan kesabaran.
Harapan biarlah smuer nya berjalan dgn baik.
Tapi belajar dari sejarahnya.,harapan itu berkemungkinan tidak mencapai standard yg.memuaskan.
Post a Comment