Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat. Kalau sebelum ini ramai mempersendakan agenda 16 September 2008, yang berakhir tanpa kenyataan. Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja. Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno. Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Menurut sumber pelucutan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh. "Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit. "Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat," katanya di sini. Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin. Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini. Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang. Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno. Semalam Naib Presiden, Dato' Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat. "Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya. Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak. Pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai proses 'kitar semula' semata-mata bagi melenyapkan pengaruh Abdullah di negeri ini. "Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan kumpulannya tidak akan duduk diam dan pastinya akan berlaku pertembungan di Kelantan. "Dan tidak dapat ditolak peristiwa lama di mana Mustapa pernah dipulau ketua-ketua bahagian yang pernah berlaku ketika beliau mengetuai Umno Kelantan akan berulang kembali," ujarnya |
Thursday, May 7, 2009
Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment