| |
PAS mencabar Menteri Dalam Negeri menyaman Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang turut mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi Presiden Umno 27 Mac lalu. "Kita (PAS) tidak faham dengan arahan Syed Hamid itu, apakah beliau cuba untuk menunjukkan kesetian kepada Najib agar tidak digugurkan dari kabinet? "Jika ianya subjudis kenapa beliau tidak menyaman Dr Mahathir dan KuLi yang menulis dalam blog mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Dr Zambry sebagai Menteri Besar," tegas beliau. Larangan KDN itu tegas beliau mengambarkan ketakutan pihak BN untuk berhadapan dengan rakyat yang turut mempersoalkan pelantikan Dr Zambry dan tetap mengaitkan Dato' Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya. Kamaruddin juga menegaskan selepas mengantung Harakah dan Suara Keadilan, KDN berusaha untuk menyekat rakyat memperolehi maklumat melalui ceramah yang diadakan menjelang pilihan raya kecil 7 April nanti. KDN mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Sementara itu Dato' Kamaruddin Jaffar sebelum ini berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri persidangan anti rasuah sedunia yang dikenali sebagai Global of Parliamentarian Against Corruption (Gopac) selama tiga hari. Beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen di Asia Tenggara yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut dan pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan kepada PAS di mata dunia. Wakil rakyat PAS dipilih untuk mewakili Asia Tenggara kerana parti itu merupakan parti yang bersih dari amalan rasuah dan politik wang dan ianya terbukti menerusi pentadbiran PAS di Kelantan sejak 19 tahun yang lalu. |
Friday, April 3, 2009
PAS cabar Syed Hamid saman Dr M dan KuLi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment