Sunday, March 29, 2009

PRK BUKIT GANTANG : PAS MENANG PUSINGAN PERTAMA

PAS ternyata jauh berjaya mengatasi BN pada hari penamaan calon PRK Bukit Gantang hari ini. Proses penamaan calon bagi PRK P059 Bukit Gantang yang diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyaksikan jumlah penyokong PAS yang jauh lebih besar dari penyokong BN.

Penyokong PAS yang mula membanjiri kawasan padang MPT seawal jam 7.50 pagi ternyata mendominasinya suasana hari penamaan calon itu. Jumlah penyokong PAS dianggarkan seramai 20,000 orang manakala penyokong BN hanya seramai 4,ooo orang sahaja.

Suasana di luar meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

Penyokong-penyokong PAS juga melaungkan Umno rasuah, Umno penipu dan lain-lain.

Rata-rata pemerhati politik yakin bahawa PAS lebih bersemangat untuk menghadapi BN pada kali ini berbanding jentera BN yang kelihatan lemah.

Seorang pemerhati bebas, Jauhar Dawi, 36 dari Muar pelik dengan suasana kerana menurutnya ternyata penyokong BN lesu dan lemah sehingga tidak langsung membalas kata-kata dan slogan yang dilaungkan penyokong PAS.

Jauhar berkata kalau penyokong membawa kereta 4WD, hailer, banner, replika dan patung, penyokong tidak membawa satu pun hailer cuma bendera dan banner yang kecil dan biasa sahaja.

Ini katanya, jauh berbeza dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini terutama di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

No comments:

Search This Blog