perasan atau tidak kita semenjak dua menjak ini, berita atau perkembangan tentang MB haram perak dah tak kedengaran. kemana menghilang MB dan exco-exconya. dah rasa kecut perut ke sejak kekalahan pusingan pertama di mahkamah tempohari? media-media pengampu pun dah lama benar tidak mempromosikan puak-puak perampas kuasa ini.
mungkin kerana mereka telah menyedari bahawa perbuatan mereka mengambil alih kuasa dari DS nizar dan exconya memang salah dari segi undang-undang setelah kajian demi kajian dibuat dan setelah mendapatkan khidmat nasihat dari para peguam dari england baru-baru ini. tambahan pula setelah melihat kejadian yang berlaku di parlimen baru-baru ini, baru mereka sedar bahawa sememangnya speaker dewan DUN perak mempunyai kuasa untuk mengantung ahli-ahlinya yang melanggar peraturan dewan. dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh speaker DUN selama ini semuanya berlandaskan kuasa yang ada kepadanya, termasuk lah keputusan memanggil persidangan dibawah pokok tempohari.
tapi permintaan untuk mengadap seri paduka sultan perak untuk menyembahkan keputusan persidangan tersebut masih menjadi tanda tanya. namun apa pun kita berharap supaya seri paduka sultan akan menimbang untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku kepada negeri tuanku ini secepat mungkin. kebijaksanaan tuanku yang berlatar belakangkan undang-undang ditagih oleh sekian rakyat tuanku.
walau bagaimana pun kita akan lihat jawapan awal rakyat negeri perak tentang krisis yang berlaku apabila keputusan PRK bukit gantang di umumkan nanti. walaupun penyandang kerusi tersebut adalah PAS tapi setelah apa yang berlaku di perak maka kita akan lihat apakah reaksi rakyat perak khasnya penduduk di parlimen bukit gantang nanti. tambahan pula calon yang ditampilkan PAS adalah DS nizar sendiri. lagi pun kerusi bukit gantang adalah kubu kuat umno sejak dari sebelum PRU 12 lagi.
apakah penyokong umno dan pengundi atas pagar yang memilih PAS dalam PRU 12 dulu akan kembali memberi undi kepada umno setelah perubahan besar yang berlaku kepada kepimpinan tertinggi umno. namun perubahan kepimpinan dari najib kepada pak lah telah diketahui sebelum dari PRK kuala terengganu lagi. jadi rasanya perubahan kepimpinan ini tidak akan mengubah mood rakyat dalam PRK bukit gantang ini. tambahan pula penentu kemenangan adalah dari golongan muda. pertambahan bilangan pengundi muda yang kebanyakannya menyokong PR yang memberi kemenangan kepada PAS dalam PRU yang lalu. dan pertambahan jumlah pengundi baru dalam PRK kali ini akan memberi kelebihan kepada PAS untuk menang lebih besar lagi seperti yang berlaku di kuala terengganu.
walaubagaimana pun kita tunggu dan lihat keputusannya nanti. namun kelibat MB haram dalam PRK ini amat dinanti-nanti. tambahan pula dah lama juga tidak kita lihat anak jati pangkor ini di akhbar mahupun TV3. apakah nanti kejadian yang berlaku kepada BUSH di IRAQ akan berulang di bukit gantang. sama-samalah kita nantikan episod kasut terbang 2 kalau-kalau berlaku.
untuk anak-anak bukit gantang yang berada di perantauan....tunaikan tanggungjawab anda....balik lah mengundi.
No comments:
Post a Comment