Tuesday, March 3, 2009

Mohon injuksi halang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Dua ahli Umno bersedia untuk memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan untuk menanti hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai, tidak diendahkan.

Menurut laporan bekas exco pemuda, Dato' Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Dato' Kadar Sulaiman menggesa Umno menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu selesai.

Mereka dilaporkan bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti namun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil.

Mengulas aduan mereka terhadap dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri dan Timbalannya kepada SPRM tahun lepas, mereka berkata suruhanjaya itu tidak pernah memanggil mereka "walaupun sekali" untuk memberikan keterangan.

Kedua-duanya mempertikaikan kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup.

No comments:

Search This Blog