Tuesday, March 3, 2009

Mahkamah benar perintah larang sidang dewan



Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini melarang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim membuat keputusan tersebut dalam kamarnya ekoran permohonan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exconya.

perak state govt crisis 030309 lawyersPermohonan tersebut difailkan pagi ini dan didengar dalam kamar pada jam 2.30 petang. Ridwan membuat keputusannya mengikut Seksyen 44 Akta Akta Relif Spesifik.

Zambry dan anggota exco tersebut diwakili oleh peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Hafarizam Harun, Abu Bakar As Sidek, Cheng Mai, Badrulhishah Abdul Wahab, Faizul Hilmy Ahmad Zamri dan Zaireen Zainal.

Sivakumar pula diwakili oleh timbalan penasihat undang-undang negeri, Zulqarnian Hassan ekonran keputusan makamah pagi ini bahawa Speaker tidak diwakili oleh peguam persendirian.

Bercakap kepada pemberita selepas kes itu selesai didengar dalam kamar, Firoz berkata, pesuruhjaya kehakiman tidak menyatakan butiran terperinci mengenai keputusannya selain daripada membenarkan permohonan Zambry untuk melarang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN.

perak state govt crisis 030309 firoz hussienBeliau bagaimanapun berkata, keputusan tersebut merupakan "langkah petama dan lengkap yang diambil untuk memulihkan kerajaan yang sah di Perak".Beliau menyifatkan keadaan sekrang sebagai "hampir kelam-kabut".

Katanya, dalam hujah, mereka menekankan kepada hakikat bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sebarang sidang dewan, walaupun sidang tergempar seperti yang diadakan hari ini.

Perintah mahkamah itu tidak mempunyai had masa dan penaltinya akan diputuskan kemudian jika dan bila Speaker mengadakan sidang berikutnya yang dianggap tidak sah.

Firoz juga berkata, Akta Relif Spesifik membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah kepada pegawai awam - dan dalam kes ini - ialah kepada Speaker.

No comments:

Search This Blog