"

Dalam keadaan sekarang DYMM Sultan Perak harus memainkan peranannya sebagai seorang Pemeritah Negeri yang adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti baik Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.DYMM Sultan Perak harus melihat sendiri keadaan sebenarnya yang berlaku Di Negeri Perak tidak hanya mendapat laporan dari pihak-pihak tertentu sahaja.
Dalam keadaan sekarang DYMM Sultan Perak harus membuat keputusan yang tepat bagi mengawal keadaan yang semakin tegang dan tidak ada kesudahannya dan yang pasti Rakyat Di Negeri Perak akan bergaduh sesama sendiri dan akibatnya sekarang pentadbiran Di Negeri Perak tidak boleh ditadbir urus dengan lancar yang mana akan merugikan Negeri Baginda itu sendiri.
Satu-satunya jalan penyelasaian bagi masalah ini adalah menjadikan rakyat Di Negeri Perak sebagai Hakim,DYMM Sultan Perak harus bertindak segera bagi menyelamatkan keadaan Negeri Perak yang semakin hari semakin rumit untuk di selesaikan.Dan sekarang seluruh Negara dapat lihat dah tak boleh nak kira berapa kes laporan polis dan saman di mahkamah di buat oleh kedua-dua parti bagi menegakkan kebenaran parti masing-masing.Biarlah rakyat Negeri Perak tentukan siapa yang sebenarnya layak untuk membentuk kerajaan Di Negeri Perak melalui cara yang penuh demokrasi dan bermaruah.....dengan mengadakan Pilihan Raya semula.
No comments:
Post a Comment