Friday, March 6, 2009

Kes saman Nizar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes saman bekas Menteri Besar negeri, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Ia diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan sebentar tadi.

Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.

Hakim Lau Bee Lan berkata, berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai kepada Undan-undang Tubuh Negeri Perak.

"Berdasarkan peruntukan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk merujuk isu mengenai prosedur tubuh kerajaan Negeri Perak ke Mahkamah Persekutuan berhubung perlembagaan negeri,"katanya.

Mahkamah juga meminta, peguam kedua-dua belah pihak membantu beliau untuk memutuskan apakah isu undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan perundagan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim memberi masa selama sejam untuk kedua-dua belah pihak menyediakan persoalan-persoalan yang timbul sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Kes itu diambil alih Lau Bee Lan selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.

No comments:

Search This Blog