Monday, March 2, 2009

Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???

Artikel Oleh monazmuslim

"
Jika dilihat secara sepintas lalu, mungkin ramai beranggapan bahawa tajuk artikel ini 'melampau'. Namun apa yang paling penting ialah menyatakan kebenaran. Apatah lagi kebenaran yang hendak dinyatakan itu melibatkan pegangan 'Aqidah umat Islam dalam negara ini.

Selama ini orang Melayu yang beragama Islam beranggapan jika lahir sebagai Muslim, mati pun nanti sebagai seorang Muslim dan akan dimasukkan ke dalam Syurga kelak.


Hujah ini jika dilihat secara lahiriah, mungkin ada benarnya sebab masyarakat Islam hanya faham seseorang itu boleh jadi kafir apabila menyembah berhala sahaja. Dan inilah yang diajar sewaktu berada di sekolah agama kerajaan. Penyembahan kepada selain daripada Allah disebut Syirik Jali.

Maha Suci Allah daripada dipersekutukan.

Selama ini masyarakat Islam dalam negara tidak pernah diajar secara jelas tentang 'Perkara-Perkara Yang Boleh Membatalkan 'Aqidah Islam' kecuali bagi mereka yang menuntut di Sekolah Agama Rakyat dan juga di institusi pondok.

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di SAR dan institusi pondok ini lebih mendalam dan menyeluruh. Pelajar-pelajar yang 'graduate' dari institusi ini biasanya akan menjadi penyokong dan kebanyakannya terus 'terjun' ke dalam perjuangan Islam. Ada di antaranya menjadi Ulama' yang berani dan disegani.

Inilah yang ditakuti oleh musuh Islam seperti UMNO dan pemimpinnya. Kita tidak pernah lupa dengan tindakan Mahathir menarik balik peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat sewaktu menjadi PM dulu. Fikirlah sendiri, bagaimana seorang yang mengaku Islam tetapi dia sendiri bertindak menghapuskan Sistem Pendidikan Islam untuk rakyatnya.

Begitulah juga yang dilakukan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak Laknatullah yang tidak mahu membuka sempadannya bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza baru-baru ini. Begitu juga dengan sikap dan perangai Raja Jordan, Raja Abdullah yang bimbang dengan kejayaan Revolusi Islam Iran, kebangkitan Islam di Lubnan dan kejayaan Hamas memerintah Palestin. Beliau sendiri berkempen dengan pemimpin Liga Arab agar mengambil tindakan terhadap sebarang gerakan Islam yang bangkit. Si Raja Puaka dan Bangsat dari Jordan ini sangat bimbang jika Islam kembali berkuasa di dunia dan memberikan ancaman terhadap Amerika dan Israel.

Jenis apakah manusia Islam seperti ini ? Mengaku Islam tetapi merekalah sebenarnya yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan Nasrani.

Benarkah Pemimpin UMNO Ini Kafir Walau Masih Bersolat ?

Saya mulakan dengan Hujah Al-Qur'an. Dalam Surah Al-Ana'am (6) : ayat 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Ertinya : Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Almarhum Prof Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Apabila ada keyakinan bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."

Hujah 1 : Pemimpin UMNO telah memerintah negara lebih setengah abad. Sejak dari awal pemerintahan sehingga ke hari ini, undang-undang yang diguna pakai ialah undang-undang ciptaan manusia iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang didraf oleh Suruhanjaya Reid British. Bahasa mudahnya undang-undang sekular yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara (poliitik).

Persoalannya, mengapa pemimpin UMNO tidak pernah berusaha untuk menukar Perlembagaan ciptaan British ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an ? Adakah boleh diterima alasan mereka yang mengatakan bahawa Al-Qur'an tidak boleh dilaksanakan kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk ? ATAU

Hujah 2 : Pemimpin UMNO sendiri lebih yakin bahawa undang-undang yang sedia ada (Perlembagaan Malaysia) ini lebih baik dan sesuai daripada Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Hujah 3 : UMNO itu sendiri disahkan oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman sebagai sebuah parti kebangsaaan ('asobiyyah) yang berfahaman sekular. Jelas bahawa pemimpin UMNO itu sendiri berfahaman sekular yang sesat ini.

Apakah Hukum Jika Seseorang Islam Itu Berfahaman Sekular ?

Syeikh Mustafa Sabri, seorang Ulama' masyhur yang hidup (1869 - 1954) di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan pernah menjawat jawatan Mufti dalam Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah pernah mengeluarkan fatwa berhubung dengan Sekularisma ini.

Fatwanya : "Jalan paling mudah menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

Para pembaca yang budiman, anda fikirlah sendiri. Buatlah penilaian yang jujur bagaimana kedudukan 'aqidah para pemimpin UMNO yang sedang bermaharajalela sekarang.

Lihatlah apa yang berlaku dalam negara. Bagaimana boleh berlaku kes 250 ribu umat Islam yang MURTAD dalam negara ini. Statistik ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kes murtad Nur Aisyah (anak Hj Bukhari) merupakan satu kes yang menunjukkan betapa gagalnya sistem yang ada dalam negara. Bagaimana seorang anak gadis yang mendapat didikan Islam yang sempurna dari ibubapanya, hafaz Surah Yasin dan As-Sajdah, memiliki kelulusan agama sehingga peringkat 4 Thanawi boleh murtad ???

Renungkanlah. Di mana silapnya.

No comments:

Search This Blog