Tuesday, January 6, 2009

Masa untuk membantu rakyat



 PARIT BUNTAR, 4 Jan. : Kemenangan Pakatan Rakyat memerintah Perak memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat PR membantu rakyat yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kerajaan dahulu.

Wakil rakyat PR seharusnya mengambil peluang ini sehingga pilihanraya umum ke 13 untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat.

Pegawai Khas kepada ADUN Kuala Kurau En. Adnan Said berkata, sekarang inilah masa untuk membantu rakyat, jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan merugikan rakyat yang mengharapkan pembelaan wakil rakyat PR.

En. Adnan Said ditemui semasa melawat jambatan motorsikal dan pejalan kaki yang menghubungkan Kuala Kurau dan Kuala Gula bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Kuala Kurau. Jambatan ini hampir siap dibina dan akan memudahkan penduduk di Kuala Kurau berulang-alik ke seberang dengan motorsikal atau berjalan kaki.

Beliau memberitahu, ADUN Kuala Kurau telah memberi kepercayaan kepada beliau mengetengahkan segala masalah yang dibawa oleh Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau.

Image035.jpg image by paspb
" Saya akan bertemu dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan sesuatu masalah yang dibawa Ketua Kampung. Sehinggakan kalau orang kampung nak anak ayam dari Pejabat Haiwan, saya akan ke sana dapatkan anak ayam untuk orang kampung " Beritahu En. Adnan.
Image032.jpg image by paspb
Beliau bersyukur, banyak masalah telah diselesaikan. Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau juga banyak membekalkan maklumat berkenaan masalah dalam kampung mereka kepada Pejabat DUN Kuala Kurau.

"Jalan yang berlubang dah diturapkan, JPS buat benteng parit tali air dan banyak lagi. Boleh tengoklah di DUN Kuala Kurau ni". Jelas En. Adnan.

Image012.jpg image by paspb
Bekas ADUN Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Haji Sharin yang ditemui berharap, wakil rakyat PR tidak mensia-siakan harapan rakyat kerana mereka mempunyai peruntukan dan kuasa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

" Semasa saya menjadi wakil rakyat, saya tidak dapat peluang sebegini. Peruntukan dinafikan malah agensi kerajaan tak ambil endah masalah rakyat yang dibawa untuk diselesaikan. Sekarang mudah untuk membantu rakyat" Beritahu Peguam Azhar Sharin yang juga NYDP PAS Parit Buntar.

Yuran Persekolahan Ada, Tidak Ada atau Tangguh

" Dulu, Menteri Pelajaran kater Yuran Persekolahan dah takder.. Tapi di Kuala Terengganu, Menteri Pelajaran kater, Yuran Persekolahan ditangguhkan ke Bulan Jun dan PIBG mendapat peruntukan RM50 Juta.

Keliru gaks aku nier
Sumber: Utusan Malaysia

RM50 juta untuk PIBG
05/01/2009 7:12pm

KUALA TERENGGANU 5 Jan. — Sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi menggerakkan aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah di seluruh negara, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, peruntukan khas itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan akan disalur melalui tabung sekolah khusus untuk kegunaan PIBG.

Menurutnya, langkah itu ekoran penangguhan bayaran yuran persekolahan yang hanya akan dikutip pada bulan Jun selepas mendapat persetujuan sekolah dan PIBG.

“Sejajar dengan komitmen kementerian untuk mengurangkan beban ibu bapa pada awal penggal persekolahan, kementerian mengambil langkah proaktif dalam membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai di sini hari ini. - Bernama

CRUDE OIL

RTTNews) - Crude oil surged in Monday''s trading and reached a monthly high. Light sweet crude for February delivery closed at $48.81, up $2.47 on the session, and hit an intraday high of $49.28. Oil gained as Israeli attacks continued on the Gaza strip, increasing fears supplies from the Middle East could be disrupted. According to reports, more than 500 people have been killed in the conflict. Traders also showed confidence president-elect Barack Obama''s stimulus package will boost energy demand. The package under construction by Obama and Democratic congressional leaders could include tax cuts totaling more than $310 billion, according to various media reports on Sunday.Investors began to monitor the impact of production cuts by the Organization of Petroleum Exporting Countries. On Dec. 17, OPEC announced a cut of 2.2 million barrels per day, effective Jan. 1. The move is in response to rapidly plunging prices amid demand concerns. Wednesday will bring the Energy Information Administration''s latest inventory report. Last week''s data showed crude oil inventories increased 500,000 barrels in the week ended Dec. 26. Analysts predicted a drop of about 1.5 million barrels. However, gasoline inventories increased by 800,000 barrels last week, while analysts were looking for a rise of about 1.5 million barrels in the recent week. Oil lost more than 50% in 2008 amid the global economic crisis that has hindered energy demand. After hitting a record $147.27 on July 11, oil has plunged more than $102 or nearly 70%. At the pump, gasoline prices climbed to $1.672 for a regular unleaded gallon. This is still well-below last year''s mark of $3.104. A month ago, prices stood at $1.751. Crude oil turned sharply higher on Friday on the violence in Gaza and a dispute between Russia and the Ukraine. Light sweet crude finished at $46.34, up $1.74 on the day. Oil fell as low as $41.05 before recovering its slump.For comments and feedback: contact editorial@rttnews.comCopyright(c) 2009 RealTimeTraders.com, Inc. All Rights Reserved

Rakyat berkuasa boikot produk AS

PUTRAJAYA 5 Jan. - Usaha untuk memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel harus dimulakan oleh rakyat atau pengguna kerana adalah sukar untuk kerajaan mengambil langkah yang sama memandangkan AS adalah sebuah kuasa besar dunia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan di seluruh dunia mungkin tidak akan memboikot AS kerana takut pada ancamannya tetapi rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat demikian.

''Orang ramai mesti bertindak seperti dengan tidak meminum CocaCola, mereka boleh membuat pilihan secara bebas kerana tidak ada pihak yang akan memaksa mereka meminumnya.

''Lagi pun rakyat tidak akan mati kerana tidak meminum minuman tersebut," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun tindakan memboikot produk Amerika boleh menimbulkan kesan tertentu, ia perlu dilakukan demi kebaikan dunia.

''Kalau kita mahu lakukan sesuatu yang baik maka kita kena bayar suatu kos atas tindakan ini.

''Kita tidak boleh boikot segala-galanya kerana Amerika miliki teknologi tertentu tetapi usaha kita masih boleh membawa hasil jika boikot diadakan secara selektif," katanya.

Beliau dalam pada itu terus menyeru negara-negara di seluruh dunia memboikot mata wang AS.

''Jika kita tidak menggunakan mata wang Amerika, maka negara itu tidak boleh menjalankan perdagangan atau mengaut keuntungan dan terpaksa menghentikan pengeluaran senjata.

''Duit ini digunakan untuk menghasilkan senjata dan mereka yang simpan duit dalam mata wang Amerika adalah menyumbang kepada pengeluaran senjata untuk membunuh mereka yang tidak bersalah," katanya.

Monday, January 5, 2009

Petrol RM1.90 jika minyak mentah AS$50 setong

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menaikkan harga petrol kepada RM1.90 semula, sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, (gambar) berkata pada Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter, termasuk cukai 58 sen.

Beliau berkata, sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan kepada sekitar lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna sekiranya harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol sebanyak RM1.80 seliter.

“Namun apabila harga minyak dunia melepasi AS$50, sehingga kerajaan tidak lagi dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter... pada peringkat itu, kerajaan tidak akan mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,” katanya.

Sunday, January 4, 2009

BN mula tabur rasuah politik di Kuala Terengganu

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Sun | Jan 04, 09 | 12:08:17 pm MYT

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.

Iklan

Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.

AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

AMK mempersoalkan tindakan Menteri Besar Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?

Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.

AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.

BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.

----

Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia_

kenyataan pemimpin haprak


Projek pembangunan menanti rakyat

KUALA TERENGGANU 3 Jan. - Projek pembangunan bernilai kira-kira RM5.8 juta akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Kuala Terengganu selepas pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu pada 17 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, projek berkenaan termasuk RM2 juta untuk membaiki longkang serta jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil.

Justeru menurutnya, amat penting bagi rakyat untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil itu supaya pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan.

''Saya sasarkan kita memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,000 undi, jika lebih daripada itu kerajaan negeri tidak kisah untuk menambah lagi peruntukan pembangunan kawasan ini,'' ujarnya ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di sini hari ini.

Menurut Menteri Besar, sukar bagi kerajaan negeri untuk melaksanakan pembangunan yang dirancang jika Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Beliau memberi contoh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang ketinggalan dari segi pembangunan kerana dikuasai Pas sejak 1990.

''Bagaimana wakil rakyatnya mahu membangunkan kawasan itu sedangkan beliau bukan daripada parti memerintah. Inilah keadaan yang berlaku jika sesebuah kawasan itu jatuh ke tangan pembangkang,'' ujarnya.

Justeru katanya, rakyat harus faham dan mengamalkan pepatah 'orang memberi kita merasa' iaitu membalas segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan dengan mengundi BN pada pilihan raya kecil kelak.

Saturday, January 3, 2009

pemimpin tak sedar diri

apa lah benggapnya pemimpin yang perasan duit yang ada ditangan mereka itu duit parti yang mereka wakili apabila setiap kali nak melaksanakan projek pembangunan atas nama pembangunan rakyat. terbaru, MB terengganu dengan nada angkuh dan penuh ugutan memberitahu pengundi P36 supaya mengundi BN jika mahu projek bernilai rm 5.8 juta dapat dilaksanakan di kuala terengganu. dengan memberi contoh wakaf mempelam yang tiada penbangunan selama 18 tahun kerana di bawah ADUN pas.

wahai pemimpin yang tak sedar diri, apakah alasan anda untuk menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan hanya kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan anda? apakah bila rakyat telah melawan arus dengan memilih pembangkang didalam sesuatu pilihanraya maka mereka akan dikecualikan daripada membayar segala cukai cukai yang ada? cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam macam cukai lagi. tahu tak duit dari hasil cukai ini lah digunakan untuk membayar gaji anda semua dan untuk digunakan bagi melaksanakan pembangunan. jadi apa alasan anda untuk membuat ugutan jika mahu pembangunan pilih atau undilah BN. kalau duit yang digunakan untuk bayar gaji anda sebagai MB, exco dan pegawai kerajaan lain adalah duit BN boleh lah nak berlagak cakap macam tu.

janganlah nak memperbodohkan rakyat. dulu lain....sekarang lain. apakah kalau kerajaan yang memerintah itu pembangkang, maka api, air dan jalan tak boleh disediakan. itu cerita lapuk 70an. rakyat kelantan dah 18 tahun dibawah kerajaan islam PAS. kalau nak dibandingkan dengan PERLIS yang diperintah BN rasanya banyak yang boleh di bezakan. hak untuk memilih sepatutnya tidak membezakan kita sebagai rakyat malaysia. parti itu hanyalah sebuah organisasi yang dipilih kita untuk mewakili kita didalam soal pemerintahan. parti yang mendapat majoriti untuk memerintah hanyalah sebagai wakil yang diamanahkan rakyat untuk mengurus kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Minyak kekal AS$40 setong hingga Obama jadi Presiden

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Harga minyak mentah dijangka berada pada paras stabil melebihi AS$40 (RM138.40) dan akan kekal di paras tersebut sehingga Presiden Amerika Syarikat (AS) baru, Barack Obama memulakan tugas pada 20 Januari ini.

Ini berikutan, harga pasaran akan menunggu polisi beliau terhadap ekonomi AS, pengeluar minyak utama Iran dan konflik yang berlaku antara Israel-Hamas di Timur Tengah yang kaya dengan minyak bagi menentukan harga semasa minyak mentah dunia.

Harga pasaran minyak mentah hari didagangkan rendah pada hari pertama 2009, walaupun harga meningkat sehari sebelum cuti tahun baru.

Kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light sweet untuk penghantaran Februari jatuh AS$2.03 (RM7.02) kepada AS$42.57 (RM147.29) setong pada dagangan tengah hari selepas meningkat AS$5.57 (RM19.27) kepada AS$44.60 (RM154.31) di New York Mercantile Exchange, Rabu lalu.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$1.91 (RM6.60) kepada AS$43.68 (RM151.13) setong selepas melonjak AS$5.55 (RM19.20) kepada AS$45.59 (RM157.74) di London, Rabu lalu.

''Harga pasaran mengalami kejatuhan disebabkan pelabur Asia berpendapat trend menaik yang berlaku adalah melampau pada Rabu lalu,'' kata Dave Ernsberger, Pengarah Editorial Kanan Platts Asia, penyedia maklumat tenaga global.

Dengan permintaan dikawal oleh kemelesetan ekonomi di negara-negara besar ekonomi dunia, harga minyak berisiko untuk terus jatuh pada tahun ini, menurut penganalisis.

''Berita ekonomi yang berterusan suram akan menyebabkan harga pasaran minyak berada dalam keadaan defensif pada 2009 sehingga pakej rangsangan AS dapat dinilai keberkesanannya,'' kata Mike Fitzpatrick di MF Global.

Sementara itu, Obama bercadang membelanjakan sehingga AS$775 bilion (RM2.68 trilion) bagi pakej rangsangan ekonomi, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Terdahulu, harga minyak mentah melonjak sehingga mencapai paras tertinggi melebihi AS$147 (RM508) setong dari Julai lalu, sebelum krisis ekonomi global mengurangkan permintaan dunia untuk tenaga dan menjadikan harga jatuh secara drastik.

Rabu lalu, harga pasaran meningkat selepas laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan peningkatan dalam simpanan minyak mentah negara itu.

''Kemungkinan (pelabur) menjangkakan sesuatu yang lebih daripada itu,'' kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates

Friday, January 2, 2009

CRUDE OIL

Crude Oil Price by OIL-PRICE.NET ©
Price
Change
Trades Volume
07:56 - $ 41.40
1.26 2.95% 8,071 13,646
Range Open 52 Wk Range 1 Year Forecast
41.05 - 43.72
43.72
36.94 - 147.27 $ 48 / Barrel

Khairy Dilarang Ke K Trg : Pengundi P36 Kempunan Melihat Gelagat & Aksi KJ

Dilulus terbit pada Friday, January 02 @ 15:34:03 MYT oleh TokPenghulu
Relaks Sekejap Oleh professor

"
 Dalam Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang , yang dihadiri oleh Khairy, Husam dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari , dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff , soal hukum Hudud kembali diperkatakan. , dan menjadi ’headline’ akhbar arus perdana seperti tajuk berkiut Pas tetap laksana Hudud


Maka , tidak semena – mena saham Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjulang ke langit , malah terus memperlekehkan dan membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah. , dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh wartawan – wartawan , antaranya tajuk akhbar yang berbunyi Isu Hudud Qisas : KHairy Bidas Husam

Rupanya , sangkaan menyatakan khairy telah menjadi juara dan pemenang dalam wacana tersebut , tidak menjadi kenyataan , kerana ada dakwaan menyatakan parti yang diwakilinya tersepit kini , dan sudah tentu si khairy dikutuk hebat dari pimpinan nombor 2 hingga ke peringkat cawangan , kecuali orang nombor 1.

Jangkaan awal khairy isu ini akan menjulang namanya juga boleh dijadikan senjata dalam memecahkan pakatan PAS , DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK P36 Kuala Terengganu , ternyata meleset

Ini kerana , enakmen hudud dan qisas , sudah pun diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu dan diluluskan oleh DUN Terengganu.

Maka tindakan khairy ini telah menimbulkan kemarahan orang – orang Melayu , orang – orang islam dan bukan islam Terengganu , khsusnya kini di Parlimen Kuala Terengganu , kerana mempermainkan hukum Tuhan dan secara tidak langsung telah menghina DYMM Sultan Terengganu


Menurut sumber – sumber dari pihak tertentu , informasi dari risikan dan maklumat cawangan khas di seluruh Parlimen Kuala Terengganu , telah wujud sentimen anti khairy dan anti UMNO yang membara dan meluas.


Sangat besar kemungkinan , sepanjang PRK P36 K TRG ini , si khairy akan dilarang dan dihalang dari turun ke Kuala Terengganu , untuk berkempen membantu jentera parti UMNO.


Sekiranya maklumat dari beberapa sumber – sumber tadi benar , maka amatlah malang sekali bagi pengundi – pengundi di Kuala Terengganu yang berjumlah seramai 80,229 orang , kerana tidak dapat melihat gelagat dan aksi si khairy , yang bermula sebaik saja hari penamaan calon pada 6 januari hingga 17 januari hari mengundi.


Mungkin kah tuan/puan salah seorang dari pengundi yang kempunan , at least tidak dapat menatap wajah ketampanan seorang menantu Perdana Menteri bagi sebuah negara , yang katanya dua mempunyai anak kini ?
"

Sunday, December 28, 2008

Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah

Mohamed Hanipa Maidin
Sun | Dec 28, 08 | 1:18:19 am MYT

"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam."

Iklan

Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang �orang PAS dan orang �orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .

Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Umno halang hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm

(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm_

Hudud- Perjuangan Yang Belum Selesai

" Seronok apabila melihat semakin ramai NGO dan parti-parti politik bersatu mempertahankan bahasa Melayu dan mempersoalkan PPSMI akhir-akhir ini. Tetapi alangkah indahnya jika kumpulan pendesak tersebut turut sama memperjuangkan hudud.

Seperti selalu setiap kali pilihanraya kecil, maka akan muncullah isu ini.Tetapi setiap kali munculnya ia penuh dengan konfrantasi dan kontroversi daripada parti-parti kaum Cina dan India seperti MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Mereka seolah-olah bermati- matiannya menolaknya seolah-olah hukuman yang terdapat di dalam hudud itu ditujukan kepada mereka.

Yang masih membingungkan UMNO sebagai parti Melayu seolah-olah tidak berminat dengan Hudud tersebut dan nampak menjadi pengadu domba kepada Pihak PAS dan kaum lain.Mereka dengan kerjasama TV3 dan RTM serta akhbar nasional seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian menjadikannya sebagai kempen pilihanraya mereka.Apa yang menghairankan tidak pernah sekalipun kita mendengar dari mulut pemimpin UMNO menceritakan tentang kebaikan hudud.

Apakah agama Islam itu lebih kepada ekonomi dan bab nikah kahwin sahaja yang diketahui oleh pemimpin UMNO tersebut? Tepuk dada tanya selera. Kita amat mengharapkan seluruh umat Islam bersatu mempertahankan hukum Allah tersebut.

Pak Lah dan para pemimpin UMNo perlulah mengambil kesempatan untuk menjelaskan kehebatan hukum Allah supaya bangsa lain akan turut menyakininya.Janganlah kerana terlalu ghairah untuk kekal berkuasa,soal hukum Allah itu diletakkan di bawah alas kaki.

Kepada para pejuang Islam, jangan gentar atau undur ke belakang,PAS misalnya yang kini telah mempunyai Kelab Penyokong sendiri haruslah memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya kepada mereka supaya kumpulan ini dapat berperanan menjelaskan kepada bangsa mereka yang masih kabur tentang hukum yang terbaik ini.Malah Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin yang begitu besar pengaruhnya boleh memainkan peranannya kerana beliau merupakan tokoh yang sangat dihormati oleh bangsa Cina dan India di negara ini.

Apa yang diharapkan usaha untuk menegakkan hukum Hudud akan terlaksana kelak.Insya Allah"

Saturday, December 27, 2008

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

" Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan.

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud.

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.
Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.


Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan


Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.

Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf


NegeraKes RogolTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada24,35033,465,300727.62
Malaysia1,43127,730,00051.60
Jerman8,61582,127,000104.90
Arab Saudi5924,735,0002.39
United Kingdom13,39561,186,000218.92
Amerika95,136305,975,000310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.

Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf


NegeraTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada2,516,91833,465,30075,210
Jerman6,507,39482,127,00079,236
Arab Saudi84,59924,735,0003,420
United Kingdom6,523,70661,186,000106,621
Amerika11,877,218305,975,00038,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.


Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.

Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur

Turunkan Harga AYAM

"Kita sudah jemu dengan kata-kata retorik ahli politik yang sibuk mengatakan tentang harga barang ingin diturunkan tetapi gagal. Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengguna, bila ada pihak pemborong atau pengilang/penternak ingin menaikkan barang, dengan kadar segera mereka kata kita akan berbincang dengan mereka. Wakil kementerian pengguna atau menterinya akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengilang/pemborong. Apa yang dibincangkan dan dimesyuaratkan kita tak tahu, tetapi apa yang kita dengar dari hasil perbincangan tersebut pihak kementerian/kerajaan bersetuju agar kenaikan harga barang terpaksa dinaikkan dengan alasan kerana faktor semasa seperti kenaikan harga minyak dan bahan mentah. Maka akhirnya kita lihat lagi satu senario kenaikan harga barang tanpa kerajaan boleh berbuat apa-apa. Janganlah kerana berapa kerat individu pengilang/pemborong punya masalah ekonomi maka rakyat yang terpaksa menanggung. Rakyat sudah letih dengan janji-janji kosong. Usahlah kita menaruh harapan lagi dengan mereka-mereka ini yang hanya pandai berjanji tanpa melaksanakannya. Pada saya sebenarnya penggunalah yang boleh memainkan peranan. Ayuh pengguna semua, bangunlah dengan tindakan yang bersepadu. Sebagai contoh, kita ambil bagaimana kita boleh mengawal dan menurunkan harga ayam. Saya ambil contoh, semasa wabak SARS melanda negara kita, harga ayam dijual pada harga yang rendah. Kenapa harga tersebut boleh kurang? Harga tersebut kurang bukan kerana mereka jual pada harga rugi tetapi pada harga dengan keuntungan yang kecil. Tiadapun kita dengar penternak yang bunuh diri atau muflis kerana kerugian. Kerugian yang dimaksudkan bukan bermakna rugi tetapi keuntungan berkurang. Selama ini kita biarkan mereka buat keuntungan yang tinggi dan yang menanggung beban adalah para pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sekali lagi saya seru agar pengguna bersatu hati membuat tindakan bersepadu. Bersama ini saya gariskan bagaimana kita sebagai pengguna boleh memainkan peranan dalam mengawal harga barang. Sebagai contoh di satu pasar, purata bilangan ayam yang dijual adalah 5000 ekor sehari oleh peniaga.
Hari 1
Apakah akan berlaku jika pada satu hari (ke-1) tiada pengguna membeli walau seekor ayam. Peniaga sudah rasa risau, apa yang telah berlaku pada hari ini. 5000 ekor tidak terjual.
Hari 2
Pada keesokan harinya (hari ke-2) pemborong datang untuk membekalkan 5000 ekor ayam lagi. Sudah pasti tiada peniaga akan membeli ayam yang ingin dibekalkan. Di sini akan berlaku main harga antara peniaga dan pemborong. Pemborong terpaksa menurunkan harga sedikit daripada harga semalam dan dalam fikiran peniaga mereka akan untung lebih jika dijual pada harga seperti biasa. Tetapi pada hari ke-2 pengguna masih lagi tidak membeli seekor ayampun. Peniaga semakin gelisah kerana sudah dua hari mereka tiada jualan dan pada mereka sudah ada 10000 ekor ayam dan itu adalah maksimum ayam yang mereka boleh simpan dalam stor sejuk beku.
Hari 3
Apa pula yang berlaku pada hari ke-3 di mana pengguna masih lagi tidak membeli walau seekor ayam, seperti biasa pemborong datang dengan 5000 ekor ayam untuk dibekalkan pada peniaga tetapi akan pulang dengan 5000 ekor ayam kerana peniaga sudah tidak mampu membeli ayam dari pemborong walaupun dijual lebih murah sedikit daripada harga hari ke-2 kerana mereka sudah tiada tempat untuk disimpan.
Hari 4
Apa pula akan berlaku pada hari ke-4? Sudah pasti peniaga akan cuba menurunkan harga ayam, di mana mereka jual pada untung yang kecil, tetapi peniaga lupa bahawa pengguna telah bersatu hati untuk tetap tidak membeli ayam pada hari ke-4. Sekarang kita lihat senario antara pemborong dengan penternak pula pada hari ke-4. Seperti biasa penternak akan menjangkakan pada hari tersebut 5000 ayam (katakan 1 reban) mereka akan dibeli oleh pemborong pada harga yang biasa dijual. Tetapi pemborong taknak membeli dari penternak kerana mereka masih ada lagi 5000 ekor ayam yang belum terjual. Maka berlakulah tawar menawar antara pemborong dan penternak, penternak menjual pada harga yang rendah dari harga sebelum ini dengan keuntungan yang rendah pada pemborong. Kita dapat lihat pada hari ke-4 pemborong telah ada 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka.
Hari ke-5
Apa pula yang berlaku pada hari ke-5 jika pengguna masih lagi enggan membeli ayam. Peniaga masih lagi ada 10000 ekor ayam dalam simpanan, kos penyimpanan meningkat, mereka tiada jualan. Bagaimana pula dengan pemborong? Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang tidak terjual dan sudah pasti pemborong taknak membeli ayam dari penternak. Pada hari ke-5 penternak tidak dapat menjual 1 reban (5000 ekor) ayam dan mereka terpaksa beri ayam mereka makan. Kita semua maklum, penternak membela ayam pada satu tempoh yang tertentu, jika terlebih hari mereka terpaksa menanggung kos makanan ayam. Kita bayangkan pada hari ke-5 bagaimana gelisahnya peniaga, pemborong dan penternak.
Hari ke-6
Apa pula yang akan berlaku pada hari ke-6? Saya yakin peniaga akan cuba menjual harga yang serendah mungkin tetapi dengan sedikit keuntungan. Katakanlah pengguna mula membeli ayam seperti biasa pada harga baru yang rendah dan peniaga dapat menjual sebanyak 5000 ekor ayam dan berbaki 5000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Pemborong masih ada lagi 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Bagaimana pula di pihak penternak, Penternak membela dan menjual ayam pada kadar 1 reban sehari. Katakan satu reban ada 5000 ekor ayam, sudah pasti pada hari ke-6 sudah ada dua reban yang tidak terjual, sekali lagi kos makan ayam terpaksa ditanggung oleh penternak.
Hari ke-7
Apa pula berlaku pada hari ke-7? Peniaga dapat menjual lagi 5000 ekor ayam tetapi pada harga seperti hari ke-6 kerana takut pembeli taknak membeli jika peniaga naikkan harga ayam. Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang masih belum terjual kepada peniaga. Pemborong taknak membeli dari penternak, dan sekali lagi penternak telah ada 3 reban yang tidak dapat dijual (kos meningkat).
Hari ke-8
Pada hari ke-8, pemborong baru dapat jual sebanyak 5000 ekor ayam kepada peniaga dan baki 5000 ekor dalam simpanan. Sudah pasti harga yang dijual oleh pemborong kepada peniaga turun dari harga pada hari ke-1 kerana takut peniaga taknak beli, kerana peniaga juga takut untuk jual seperti pada harga hari ke-1 tetapi akan dijual seperti pada hari ke-6 dan 7. Pada hari ke-8 ini penternak akan ada sebanyak 4 reban yang tidak terjual.
Hari ke-9
Pada hari ke-9 pula barulah pemborong dapat menjual 5000 ekor ayam lagi kepada peniaga tetapi pada penternak, telah ada 5 reban ayam yang tidak terjual. Sudah berapa banyak kos makan ayam yang terpaksa ditanggung oleh penternak. Pengguna sedang menikmati ayam pada harga yang rendah.
Hari ke-10
Pada hari ke-10 barulah rantaian ayam dari penternak, pemborong, peniaga dan pengguna kembali seperti biasa. Tetapi pada pihak penternak, kos 5 reban masih lagi terpaksa mereka tanggung untuk tempoh matang ayam dari mula hari pertama dibela sehingga boleh jual. Sudah pasti penternak taknak ini berlaku lagi kepada mereka.

Kita hanya perluka 5 HARI untuk melakukan tindakan bersepadu. Adakah 5 hari tak beli dan makan ayam akan menyebabkan pengguna mati, jawapannya sudah tentu tidak. Bayangkan jika dalam tempoh 5 hari satu juta pengguna bersepadu berjanji tidak membeli ayam. Percayalah hanya dengan tindakan bersepadu pengguna bagi tempoh 5 hari sahaja tidak membeli ayam akan menyebabkan harga ayam akan diturunkan. Maka tiada lagi penternak, pemborong dan peniaga menjual pada harga yang mahal. Kaedah ini juga kita boleh gunakan untuk barangan lain tetapi syarat utamanya ialah tindakan bersepadu. Bagaimana dan bila tindakan bersepadu ini akan dilaksanakan?
Untuk melaksanakan agar ianya berjaya kita memerlukan sekurang2nya 500000 orang yag bersetuju untuk mengambil tindakan. Tolong kempen untuk lebih ramai yang bersetuju untuk melakukan tindakan bersepadu.
Langkah 1:
buat pendaftaran menyatakan bersetuju untuk bersama-sama melakukan tindakan bersepadu.
sila taip sms:
SERVIS AYAM dan email anda
hantar ke 33886
cth: SERVIS AYAM hbbstrike@yahoo.com

Langkah 2:
Tunggu arahan untuk tindakan bersepadu, kita perlukan minimum 500000 ahli untuk memberi kesan yang besar. Bila cukup sahaja 500000 kita akan terus melancarkan tindakan bersepadu.

Rasional kenapa perlukan pendaftaran ialah, kita memerlukan sekurang2nya 500000 pengguna yang bersetuju kerana jumlah yang kecil tidak memberi kesan menyeluruh. Tidak boleh tetapkan tarikh pada masa ini kerana ini akan membolehkan pihak penternak, pemborong dan peniaga yang tamak mengatur strategi mereka.
Jangan buang masa dan sebarkan artikel ini."

minyak dan telur

minyak dah turun dibawah paras usd 40. tapi kerajaan buat tak tahu saja. macamana mengaku membela rakyat kalau masa minyak dunia naik kerajaan kita kelam kabut naikkan harga minyak. kalau naik sikit lepas tu kata kita kaji dulu..tengok sentimen pasaran macam mana, dan kalau minyak naik kita akan naikkan lagi okey lah juga, ini tak, hentam naik sekaligus. lepas tu bila minyak dah turun kata lah pulak, kita akan kaji...kaji..15sen turun...kaji...10sen turun.

inilah yang dikatakan kerajaan yang fikir diri sendiri saja. bila minyak mahal dia ambil kesempatan untuk buat untung dan rakyat menderita...bila minyak turun, dia buat lambat-lambat dan rakyat lambat nak merasa.

masalah harga barang pun tak boleh nak kawal. tak payah lah nak cerita pasal barang yang besar besar. cakap pasal telur ayam sudah. dulu minyak naik okey lah ada alasan untuk jadikan telur ayam mahal. harga pengangkutan mahal. tapi hari ni, telur ayam lagi mahal dari masa harga minyak mahal. alasannya bukan lagi masalah harga minyak, tapi pemintaan luar negara tinggi disebabkan selsema burung kembali merebak. takkan lah benda ni pun kerajaan tak boleh nak selesai. apa kata cukupkan permintaan dalam negara dulu barulah ekspot. gunalah kuasa yang kementerian ada untuk kawal. kalau tak ada kuasa, gubal lah akta. jangan hanya pandai nak guna ISA saja. kalau tak pandai nak gubal akta atau nak buat penguatkuasaan, tak payah jadi menteri...perabih beras saja.

Search This Blog