Monday, January 5, 2009

Petrol RM1.90 jika minyak mentah AS$50 setong

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu menaikkan harga petrol kepada RM1.90 semula, sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, (gambar) berkata pada Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter, termasuk cukai 58 sen.

Beliau berkata, sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan kepada sekitar lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna sekiranya harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol sebanyak RM1.80 seliter.

“Namun apabila harga minyak dunia melepasi AS$50, sehingga kerajaan tidak lagi dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter... pada peringkat itu, kerajaan tidak akan mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,” katanya.

No comments:

Search This Blog