Dilulus terbit pada Friday, January 09 @ 16:36:18 MYT oleh TokBatin Oleh kenyir44
"Sebagai rakyat Terengganu yang dah lama celik dan bukannya bertuankan kepada mana-mana parti politik, saya cukup merasa terkilan dengan cara perbelanjaan yang diuruskan oleh pemimpin kita bermula dari Tan Sri Wan Mukhtar hinggalah ke saat ini.Terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh Kerajaan negeri apabila menerima wang royalti tersebut.Tetapi sehingga kini rakyat Terengganu adalah tergolong kepada rakyat yang termiskin (no dua sebelum Sabah) dari segi kekayaan. Malah kita lagi miskin jika dibandingkan dengan Kelantan yang diperintah oleh PAS tanpa sebarang hasil bumi.Kita lihat apa kesilapan kita. Pertama kita lihat projek pembangunan. Kita sepatutnya melaburkan duit yang didapati tersebut kepada projek yang sepatutnya boleh memberi pulangan balik kepada kerajaan dan rakyat dalam tempoh jangkamasa tertentu. Seperti contoh, kawasan Ketengah yang telah habis dibalak tu sepatutnya boleh ditukarkan kepada Ladang Hutan yang ditanam dengan spesis kayu balak yang bermutu dan boleh ditebang dalam tempoh 20 tahun.Bayangkan belanja untuk menubuhkan 1 ekar ladang hutan yang ditanam dengan pokok khaya (african ebony) hanyalah RM20,000/ekar. Setelah 20 tahun, 1 ekar yang ditanam dengan 1,000 pokok ini akan menghasilkan 2,000 tan kayu balak bermutu tinggi yang boleh dijual RM3,000/tan dan berjumlah RM6 juta. RM6juta seekar dan sekiranya kerajaan negeri boleh mewujudkan ladang hutan seluas 30,000 ekar.. cuba saudara bayangkan pendapatan selepas 20 tahun iaitu RM180 billion. Dan ianya jauh mengatasi duit royalti yang kita dapat. Itu dengan harga RM3 ribu adalah harga untuk kayu capcai. Tak mungkin African Ebony (Khaya) berharga sedemikian rupa. Dan berapa pula kos untuk melaksanakannya? 30,000 ekar x RM20,000 = RM600 juta. RM600 juta ni sama dengan jumlah dua (2) tahun penganjuran Monson Cup. Katakan jumlah penyelenggaraan ladang ini adalah RM600 juta selama 20 tahun (terlalu banyak). Maka modal ladang hutan ini hanyalah RM1.2 billion berbanding hasil yang akan diperolehi sebanyak RM180billion. Faedah untuk rakyat Terengganu di mana mereka boleh kerja di ladang. Mereka boleh membuka kilang perabut dan bekerja di situ. Mereka boleh buka sawmill pasal bekalan kayu yang banyak.Kita lihat di Jepun. Hutan Ladang adalah amat popular. Orang Jepun menanam hutan ladang ini untuk cucu dan bukan untuk anak mereka. Amalan ini dilakukan secara turun temurun.Duit royalti juga sepatutnya digunakan untuk mewujudkan ladang-ladang rakyat seperti tanama ubi kentang dan sebagainya. Negara Belanda terkenal dengan kekurangan tanah taninya sanggup mengekspot ubi kentang ke Malaysia dengan harga yang sangat murah. Di jual disini RM1.80/kg. Itu selepas kos pengangkutan dan cukai. Harga sebenarnya mungkin hanya RM0.40/kg. Tetapi mereka bukan dapat wang menerusi jual ubi kentang. Hasil yang lebih besar adalah dari produk sampingan seperti 'french fries', potato chips, tepung dan sebagainya yang boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi. Bayangkan faedah untuk rakyat terengganu. Mereka boleh bekerja di ladang. Mereka boleh bekerja di kilang produk tersebut.Tidak dinafikan keperluan asas adalah perlu. Tetapi sedikit budget pembangunan perlu di asingkan bagi tujuan pelaburan.Kita selalu menghantar rombongan untuk belajar ke sana sini. Kalau hantar gi Jepun cuma untuk naik bullet train dan berhibur dengan geisha..bukannya nak gi lawat hutan ladang di Jepun. Kalau lawat Belanda cuma nak gi jengok Red Light District kat Amsterdams bukan nak lawat projek pertanian mereka. Ni silap pemimpin kita.Negeri-negeri lain di Malaysia kesemuanya mempunyai lebuhraya samada daripada budget Kerajaan Persekutuan ataupun Swasta. Tapi di Terengganu LPT dibiayai dengan Wang Royalti. Wang Royalti kita juga dibelanjakan untuk Syarikat Perumahan Negara (SPNB) untuk projek perumahan di negeri lain. Berapa biji rumah yang SPNB dah buat kat Terengganu?Negeri kita mempunyai jajaran pantai laguna yang panjang dari Merchang hingga ke Dungun. Apa yang telah dilakukan oleh exco pertanian dari tahun 1975 hingga sekarang. Kalau kita lihat Jakarta dari udara, pinggiran pantainya penuh dengan industri akuakultur. Kat tempat kita apa yg ada? Ini menunjukkan betapa ceteknya pemimpin kita org Terengganu ni.Memang terlalu banyak yang kita boleh lakukan negeri kita. Malangnya pemimpin yang kita pilih adalah tidak berkalibar dan hanya memikirkan dari sudut politik dan yg penting nak cepat kaya. Tengok empangan Kenyir. Memang betul bermanafaat kepada negeri. Tetapi kesan mendapan yang berlaku di Muara Sungai Terengganu adalah amat dahsyat yang mana telah mencetekkan sungai tersebut. Jadi kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mendalami sungai tersebut yang mana sepatutnya ditanggung oleh TNB yang bertanggungjawab memperlahankan arus sungai seterusnya menyebabkan mendapan mendap ke dasar sungai.Kita terlalu sibuk dengan Taman Tamadun Islam (TTI). Rakyat sepatutnya tanya, apakah gunanya TTI kepada rakyat Terengganu. Sekiranya untuk pelancungan, maka ianya perlu diadakan di Lembah Klang di mana ramai tourist yang boleh melawatnya. Kat Terengganu kita perlu sebuah masjid untuk sembahyang bukannya surau. Sekiranya kita nak memajukan industri pelancungan, bukan cara ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mewujudkan sebuah bandar pelancungan yang ditadbir oleh autoriti sendiri. Buat satu taman tema seperti sunway lagoon dan kemudian dirikan hospital tourism serta hotel. Pas tu bagi insentif pada hotelier lain untuk buat resort masing. Wujudkan gerai-gerai untuk berniaga. Jauhkan bandar ini dari komuniti kita yang tak boleh tengok mek saleh pakai bikini dan sebagainya. Pasal ini adalah bandar pelancunagan. Las Vegas kat tengah gurun pun boleh jadi bandar besar.Panjang sangat ni. Harap mesej ni sampai kat pemimpin UMNO termasuk MB jugak. Dan kalau PAS memerintah pula jangan terlalu rigid. Sedikit openness diperlukan untuk MEMAJUKAN TERENGGANU KITA. Kalau tak paham dan tak mampu nak majukan negeri jangan jadi menteri besar. Nasihat aku pada pemimpin UMNO dan PAS.
No comments:
Post a Comment