Tuesday, January 6, 2009

Masa untuk membantu rakyat



 PARIT BUNTAR, 4 Jan. : Kemenangan Pakatan Rakyat memerintah Perak memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat PR membantu rakyat yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kerajaan dahulu.

Wakil rakyat PR seharusnya mengambil peluang ini sehingga pilihanraya umum ke 13 untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat.

Pegawai Khas kepada ADUN Kuala Kurau En. Adnan Said berkata, sekarang inilah masa untuk membantu rakyat, jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan merugikan rakyat yang mengharapkan pembelaan wakil rakyat PR.

En. Adnan Said ditemui semasa melawat jambatan motorsikal dan pejalan kaki yang menghubungkan Kuala Kurau dan Kuala Gula bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Kuala Kurau. Jambatan ini hampir siap dibina dan akan memudahkan penduduk di Kuala Kurau berulang-alik ke seberang dengan motorsikal atau berjalan kaki.

Beliau memberitahu, ADUN Kuala Kurau telah memberi kepercayaan kepada beliau mengetengahkan segala masalah yang dibawa oleh Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau.

Image035.jpg image by paspb
" Saya akan bertemu dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan sesuatu masalah yang dibawa Ketua Kampung. Sehinggakan kalau orang kampung nak anak ayam dari Pejabat Haiwan, saya akan ke sana dapatkan anak ayam untuk orang kampung " Beritahu En. Adnan.
Image032.jpg image by paspb
Beliau bersyukur, banyak masalah telah diselesaikan. Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Kuala Kurau juga banyak membekalkan maklumat berkenaan masalah dalam kampung mereka kepada Pejabat DUN Kuala Kurau.

"Jalan yang berlubang dah diturapkan, JPS buat benteng parit tali air dan banyak lagi. Boleh tengoklah di DUN Kuala Kurau ni". Jelas En. Adnan.

Image012.jpg image by paspb
Bekas ADUN Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Haji Sharin yang ditemui berharap, wakil rakyat PR tidak mensia-siakan harapan rakyat kerana mereka mempunyai peruntukan dan kuasa untuk menyelesaikan masalah rakyat.

" Semasa saya menjadi wakil rakyat, saya tidak dapat peluang sebegini. Peruntukan dinafikan malah agensi kerajaan tak ambil endah masalah rakyat yang dibawa untuk diselesaikan. Sekarang mudah untuk membantu rakyat" Beritahu Peguam Azhar Sharin yang juga NYDP PAS Parit Buntar.

No comments:

Search This Blog