Polis tidak wajar mengamal penguatkuasaan “double standard”. Umum mengetahui bahawa menunggang motorsikal tanpa topi keledar adalah satu kesalahan. Sememangnya ramai orang awam yang telah disaman Polis kerana kesalahan itu.
Namun pihak Polis tidak berani untuk mengeluarkan saman terhadap Wan Farid, sebagai mantan TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.
Klip video telah disiarkan oleh beberapa siaran berita TV jam 8 malam tadi. Wan Farid (Yek) hanya bertopi “cap” BN sahaja. Apakah Polis mengamalkan double stanardnya=2 0di sini? Walhal, terdapat lebih 6,000 anggota Polis tambahan yang dikerah di Kuala Terengganu - sudah pasti ada anggota Polis di kawasan di mana Wan Farid menaiki motorsikal tanpa topi keledar!
Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga jelas disiarkan di akhbar-akbar semasa PRU 2008. Khairy Jamaludin pun turut menaiki motorsikal tanpa bertopi keledar. Sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis.
No comments:
Post a Comment