Wednesday, January 7, 2009
Hapuskan parti pembohong
"Isu Ketuanan Melayu memperlihatkan kebodohan Melayu UMNO dan NGO Melayu yang suatu ketika dulu terjerit-jerit dan bertegang leher memomokkan bahawa kuasa politik Melayu terancam selepas PRU 12 tamat.
Kuasa politik Melayu tidak tergugat dan tidak boleh digugat selagi MP Melayu menjadi majoriti di Parlimen. Orang Melayu tidak perlu berasa tidak selamat selagi Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia tetap di situ.
UMNO telah memperdayakan orang Melayu dengan mengajukan isu cabuk itu. Agenda mereka adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan sekali gus membentuk imej mereka sebagai pembela Melayu yang tulen. Sehubungan itu, tiada parti lain yang boleh menggantikan mereka.
Inilah pembohongan besar UMNO Baru. Rakyat tidak akan lupa atau memadamkan sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO Lama seperti Dato' Onn, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn.
Majoriti rakyat menghargai kebaikan yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir (TDM) sebelum UMNO Lama diharamkan. Walau bagaimanapun, imej baik dan jahat pada diri TDM dapat dilihat dengan jelas setelah UMNO Baru dibentuk.
Rakyat tidak lupa jasa TDM bersama-sama penasihat ekonomi Malaysia yang terunggul nengelakkan diri daripada berhutang dengan IMF semasa krisis ekonomi dalam tahun-tahun akhir 1990-an. Namun, krisis kehakiman, Dasar Penswastaan, PPSMI, dan rasuah benar-benar mencalarkan imej TDM.
Apa tidaknya, kecelaruan dalam krisis kehakiman amat memalukan apabila kerajaan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat.
Nazri Aziz yang gagal membuat homework mendakwa hakim-hakim itu tidak dipecat. Setelah diasak pembangkang sebagai pembohong, baharulah dia membetulkan kesalahannya. Berbohong sudah mendarah daging dalam UMNO.
Pak Lah sendiri berbohong semasa hendak menentukan tarikh PRU 12. Sebelum itu, Pak Lah amat berbangga dengan pencapaian baik BN dalam PRU 11.
Pada hal, wang yang melebihi had yang dibenarkan oleh SPR, iaitu sebanyak RM200 juta lebih telah digunakan hanya untuk bahan pilihan raya sahaja. Ini bermakna kemenangan bergaya BN dalam PRU 11 mengikut jalan belakang, yakni penipuan.
Berbohong dan menipu sudah menjadi darah daging UMNO/BN. Kini, TDM pun berbohong. Janjinya untuk mendedahkan nama perasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Mac 2009 nanti tidak ditepati. Alasannya tak cukup bukti. Kalau dah tau begitu, tak payahlah nak beritahu seluruh Malaysia tentang hal itu.
Ini menunjukkan bekas pemimpin dan pemimpin UMNO pada masa kini suka berbohong, menipu, dan mungkir janji. Pantun dua kerat ada mengatakan:
Siakap, senohong, gelama, ikan duri;
Cakap bohong lama-lama mencuri.
Sudah lama pemimpin UMNO mencuri harta rakyat. Bertahun-tahun Terengganu menerima royalti minyak yang berjumlah ratusan juta ringgit.
Wang itu dipanggil wang ehsan atau dana khas yang dirampas semasa Terengganu diperintah oleh PAS. Dengan jumlah wang yang begitu banyak, kini rakyat Terengganu merupakan yang ke-2 termiskin di Malaysia!!!
Anda tentu faham mengapa hal ini berlaku. Duit masuk ke kocek pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka. Rakyat dapat habuk sahaja.
Masihkah anda percaya kepada UMNO? Masihkah anda hendak melantik ahli UMNO menjadi MP Kuala Terengganu?
Lupakan hasrat itu. Jangan bergantung harap kepada Melayu UMNO. Anda akan tertiarap.
HAPUSKAN PARTI PEMBOHONG!!!
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!
ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment