"Seronok apabila melihat semakin ramai NGO dan parti-parti politik bersatu mempertahankan bahasa Melayu dan mempersoalkan PPSMI akhir-akhir ini. Tetapi alangkah indahnya jika kumpulan pendesak tersebut turut sama memperjuangkan hudud.
Seperti selalu setiap kali pilihanraya kecil, maka akan muncullah isu ini.Tetapi setiap kali munculnya ia penuh dengan konfrantasi dan kontroversi daripada parti-parti kaum Cina dan India seperti MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Mereka seolah-olah bermati- matiannya menolaknya seolah-olah hukuman yang terdapat di dalam hudud itu ditujukan kepada mereka.
Yang masih membingungkan UMNO sebagai parti Melayu seolah-olah tidak berminat dengan Hudud tersebut dan nampak menjadi pengadu domba kepada Pihak PAS dan kaum lain.Mereka dengan kerjasama TV3 dan RTM serta akhbar nasional seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian menjadikannya sebagai kempen pilihanraya mereka.Apa yang menghairankan tidak pernah sekalipun kita mendengar dari mulut pemimpin UMNO menceritakan tentang kebaikan hudud.
Apakah agama Islam itu lebih kepada ekonomi dan bab nikah kahwin sahaja yang diketahui oleh pemimpin UMNO tersebut? Tepuk dada tanya selera. Kita amat mengharapkan seluruh umat Islam bersatu mempertahankan hukum Allah tersebut.
Pak Lah dan para pemimpin UMNo perlulah mengambil kesempatan untuk menjelaskan kehebatan hukum Allah supaya bangsa lain akan turut menyakininya.Janganlah kerana terlalu ghairah untuk kekal berkuasa,soal hukum Allah itu diletakkan di bawah alas kaki.
Kepada para pejuang Islam, jangan gentar atau undur ke belakang,PAS misalnya yang kini telah mempunyai Kelab Penyokong sendiri haruslah memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya kepada mereka supaya kumpulan ini dapat berperanan menjelaskan kepada bangsa mereka yang masih kabur tentang hukum yang terbaik ini.Malah Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin yang begitu besar pengaruhnya boleh memainkan peranannya kerana beliau merupakan tokoh yang sangat dihormati oleh bangsa Cina dan India di negara ini.
Apa yang diharapkan usaha untuk menegakkan hukum Hudud akan terlaksana kelak.Insya Allah"
No comments:
Post a Comment