Wednesday, June 17, 2009

Tiada anugerah untuk ahli DAP: Lim Guan Eng

GEORGETOWN – Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menganugerahkan darjah atau pingat kepada ahlinya yang aktif sempena ulang tahun Yang di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas ke-71, bulan depan.

Ini merupakan kali kedua kerajaan terbabit mengamalkan pendekatan itu sejak mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP hanya mencadangkan kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain daripada individu yang berjasa kepada masyarakat.

“Bagaimanapun bagi ahli yang aktif dalam NGO atau pemimpin pertubuhan akan dipertimbangkan, ia bergantung kepada sumbanganya kepada masyarakat, bukan kerana politik.

“Ia telah diamalkan sejak tahun lalu, bukannya mengharapkan ganjaran darjah kebesaran dan pingat tetapi adalah khidmat kepada masyarakat,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

kadang2 takperlu lah darjat Datuk ke Tan Sri ke coz ia akan membuat kita lupa terhadap tugas dan membuat rasa bongkak dan sombong (kebanyakan lah)

Bulan Penuh 2012 said...

salam ziarah,

Bulan Penuh 2012

Monceh said...

memang xda yang layak pun, ngabiskan boreh jer..

Search This Blog