Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz mahu Timbalan Presiden keluar PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

Katanya PAS dan pakatan pembangkang kini telah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa "nasihatnya mesti didengar".

"Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan "mesti". Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

"Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya," katanya.

Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu

2 comments:

penangkaya said...

saya berharap semua pihak dapat bersabar dan bertenang dgn isu Unity Goverment(UG) ini. jangan terburu-buru menghukum org itu dan org ini terutamanya presiden dan timblan.kita harus memberi peluang kepada pencadang UG untuk memberi penjelasan tentang kandungan Ug yang sebenarnya. saya yakin isu UG ini adalah satu strategi yg mungkin perlu digunakan apabila berlakunya penghakisan kuasa melayu islam di dalam parlimen atau mana-mana kerajaan samaada PR atau BN. perkara ini adlh sangat sukar utk dibincang secara terbuka. so, saya melihat idea UG oleh presiden adalah idea tersembunyi dan terkehadapan yg perlu difahami dan dibincang dengan hati dan minda yg terbuka. UG bukanlah untuk bersatu dengan UMNO tetapi utk memastikan kelangsungan pemerintahan melayu islam. PRESIDEN sedia bersatu bersama sesiapa sahaja asalkan PAS menjadi penunggang kuda dan bukan kuda tunggangan. oleh itu anda fikirlah sendiri.....

Anonymous said...

Baik ka Buruk ka UG ni kita kena minta keputusan keseluruhan ahli melalui Muktamar agong untuk membahaskannya.Bermula dari peringkat cawangan hingga ke peringkat pusat.Kemudian baru bicang dengan komponent Pakatan Rakyat dapat restu majlis syura kalau di lulus kan baru lah Presiden boleh cadangkan pada pemimpin BN.Itu cara yang berakhlak dan tidak akan memecahkankan jemaah.Apa yang belaku yang mencadangkan UG sudah pi bincang dalam gelap dengan BN...saya nak tanya akhlak apa kah ini.Macam yahudi pi jumpa Obama atau Fatah pi jumpa PM Israil saje.Kalau kita tuduh UMNO langar perlembagaan dalam isu Perak Ustaz Nazza pula langar adab parti dan lebih terok menimbulkan pepecahan dalam parti.Oleh itu STOPA ALI dan Nazza wajib letak jawatan.

Search This Blog