PULAU PINANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.

[Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor.
Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!].
No comments:
Post a Comment