“Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.
Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.
“Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment