Oleh puyuh
"SHAH ALAM [3.47 pm] - Apa lagi yang ditunggu oleh mahkamah?. Sudah terang lagi bersuluh, tertuduh dalam kes Altantunya secara jelas menyatakan di mahkamah yang beliau telah mengaku "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka". Soalnya sekarang, siapakah pihak terbabit?. Razak Baginda, ADC Musa Safri atau siapa?. Umum mengetahui bahawa kedua-dua nama tersebut ada kaitan dengan Najib Razak. Jika benar kata Sirul Azhar beliau hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ADC Najib iaitu Deputi Supritenden (DSP) Musa Safri. Maka kita perlu tanya pula ADC Musa Safri pasti menerima arahan daripada "bossnya"!. Siapakah boss beliau itu gamaknya?.
Memang sudah menjadi tradisi bahawa seseorang ADC akan hanya mengikut arahan yang dibuat oleh bossnya sahaja. Jika A kata bossnya, maka A lah kata beliau biarpun benda itu ada B. Ini bermakna ADC Musa Safri pasti mendapar arahan dari bossnya untuk melaksanakan niat jahat tersebut. Masakan "teori" sebegini pun masih gagal dibaca oleh mahkamah. Apa lagi "dalih" yang mahu dilakukan untuk menggagalkan kes ini. Razak Baginda sudah dibebaskan dan kini apakah Sirul dan Azilah juga bakal dibebaskan?. Jika ini berlaku, siapakah yang bersalah sebenarnya dalam kes pembunuhan ngeri wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu itu?.
Apakah mungkini kita sekali lagi akan menyaksikan adengan yang sama seperti kes pembunuhan "Noritta Shamsuddin" dulu?. Tertuduh dalam kes itu Haneef Basri akhirnya dibebaskan dan tiada siapa yang menerima hukuman. Pihak polis pula mengatakan bahawa "terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti" yang melakukannya. Soalnya, siapakah lembaga itu? Kenapa polis tidak menyiasat dan membuktikan dakwaan tersebut. Ini bermakna pembunuh Noritta masih berada diluar sana dan boleh membahayakan wanita lain pada bila-bila masa sahaja. Walhal, umum mengetahui bahawa kes pembunuhan Noritta itu turut dikaitkan dengan pemimpin atasan UMNO yang juga pernah berada dalam kabinet Pak Lah sendiri. Apakah kini, kes Altantunya juga akan menyaksikan "lembaga" wujud kembali.
Akhirnya mahkamah akan membebaskan kedua-dua tertuduh dan mengesahkan ada lembaga yang meletupkan mayat Altantunya. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menerima hukuman tang setimpal. Sepatutnya, mahkamah pada masa ini sudah boleh memanggil "boss" kepada ADC Musa safri dan Razak Baginda untuk memberikan keterangan. Keluarkan "sapina" dan bawa beliau ke muka keadilan, jika benar integriti mahkamah sudah pun dibersihkan. Apa yang mahu ditakutkan sangat jika "beliau" memang tidak bersalah?. Kemukakan bukti dan prima facie bagi mengukuhkan hujah di mahkamah. Bukan hanya dengan berhujah diluar kononnya "saya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah" !! Apakah ada undang-undang yang berbeza dalam kes-kes berprofail tinggi seperti ini?. Nampaknya kes Altantunya ini semakin mengundang persoalan yang mengelirukan.
Terkini Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes tersebut hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh. Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin. Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri. Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, sebelum ini telah diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006. Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu. Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. "Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan. "Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.
Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya. Katanya, Azilah (foto) meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai "masalah perempuan". Sepatutnya dengan penjelasan Sirul ini juga, mahkamah perlu juga mendengar keterangan kenapa Altantunya menuntut "wang" dari Razak Baginda. Sudah pasti ada sesutau "urusan" yang berlaku diantara mereka sebenarnya. Maka apakah urusan tersebut? Apakah ia berkaitan dengan pembelian kapal selam atau pun jet pejuang Sukhoi? Semua ini harus di jawab dan diperhalusi dengan adil dan telus. Soalnya sekarang, kenapa hal pembunuhan dan ugutan yang diketengahkan. seolah-olah Altantunya mengugut "tanpa sebab musabab". Apakah munasabah ini berlaku, perkara pokoknya sekarang ialah kenapa beliau datang ke Malaysia ingin bertemu Razak baginda?. Dan kenapa pula "rekod kehadirannya" dipadamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Semua ini mengundang seribu tanda tanya sebenarnya. Maka seharusnya juga mahkamah memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan, jangan diberi muka langsung dalam hal ini. Nampak sangat mahkamah kita kini seperti "panggung sandiwara" yang membicarakan satu kes yang sudah boleh "diagak serta diputuskan" oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu, terbukti kini bahawa Najib Razak tidak layak jadi Perdana Menteri jika beliau takut untuk mempertahankan dirinya di mahkamah sebenarnya.
[Najib perlu membersihkan imej dan maruhnya secara profesional. kemukakan bukti dan bawa ke mahkamah untuk mempertahankan diri. Inilah yang rakyat mahu sebenarnya !! Bukan berdiri di luar gelanggang kemudian "melolong serta memekik" bahawa dirinya tidak bersalah serta tidak mengenali langsung Altantunya. Mana mungkin tidak kenal jika semua yang tertuduh mempunyai hubungan akrab dengan beliau?. Ikut logik dan akal fikiran yang waras pun kita tahu pasti Najib ada kaitan. Tambahan pula namanya pernah beberapa kali disebut dalam mahkamah. Mengapakah beliau takut ke mahkamah? Inilah persoalannya yang perli dijawab oleh rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit gantang dan Bukit Selambau pada bulan April ini nanti !!].
No comments:
Post a Comment