Tuesday, February 17, 2009

Najib dan Zahid Hamidi gembira dapat menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tetapi dalam masa yang sama "berduka" ada "bom jangka" dalam BN Perak


Desakan rakyat di Perak dan luar Perak begitu perkasa untuk meminta Tuanku Sultan membubarkan Dun. Kutipan tandatangan oleh Jamay'ei Islam Perak dikatakan begitu luar biasa sambutannya. Mereka mangalu-ngalukan Istana memikirkan kembali untuk membubarkan Dun dalam masa terdekat.

Di pihak Umno pula, perpecahan kian merebak dalam kepimpinan kerajaan "haram" BN Perak. Dato' Zamry Abdul Kader bukanlah calon MB dari pencatur penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak. Sebaliknya Zamry adalah budak Perdana Menteri yang juga sahabat proksi akrab, Khairy Jamaluddin.

Zamry pernah bekerja dengan Khir Toyo mengendalikan In-Mind, badan think thank mantan MB Selangor itu. Sebelum itu, Zamry dikenali budak Mahyuddin Yassin. Beliau rakan akrab Khairy Jamaluddin akhir-akhir ini.

Bagaimana nama Zamry diterima sebagai MB sedangkan beliau bukan calon Najib? Najib sudah berhempas pulas "membeli" tiga Adun untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapiu hasilnya, tidak menyebelahi Najib?

Walhal, Najib sudah bersedia dengan persiapan rapi untuk menabalkan Adun Rapat Setia, Hamidah Osman sebagai Menteri Besar. Najib mahu seorang MB perempuan diperkenalkan bagi memenuhi strateginya mengembalikan undi wanita di negeri itu selain, Hamidah adalah proksinya yang tegar, menurut satu sumber. Ini kelaianan Najib dalam percaturan di Perak.

Namun ianya dipintas pantas oleh Pak Lah dengan dikatakan melobi istana memilih Zamry sebagai Menteri Besar. Kerja ini dilakukan oleh "Mat Kemiyan" yang mempunyai hubungan rapat dengan Raja Nazrin Shah. "Mat Kemiyan" inilah juga dikatakan telah menimbulkan keputusan baru agar Tuanku Sultan tidak membubarkan Dun, sebaliknya meminta Dato' Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Menurut sumber, pihak istana memang bersedia untuk membubarkan Dun setelah dinasihati oleh Menteri Besar, Nizar Jamaluddin tetapi setelah "Mat Kemiyan" dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak masuk istana dan bertemu Tuanku Sultan, segala-galanya berubah. Ini diakui oleh Nizar sendiri.

"Mat Kemiyan" mempunyai hubungan cukup intim dengan Pak Lah sewaktu aktif dalam GPMS. Beliau seorang PTD yang dikatakan "gagal" kerana tidak naik pangkat ke tingkat yang lebih tinggi. Tidak sebagai KSU mahupun SUK. Anak Ipoh itu, mempunyai peranan besar dalam NCER dan Bernama, itupun atas ehsan Pak Lah meletakkan beliau di situ. Kegagalannya sebagai PTD, dikatakan cukup tidak disenangi oleh mantan KSU, Tan Sri Ahmad Sarji. Namun, nasibnya baik kerana menjadi sahabat intim Pak Lah.

Pemilihan Zamry sebagai MB yang menafikan hak rakyat Perak sebebarnya tidak disenangi oleh Najib. Pak Lah yang terpinga-pinga apabila wartawan bertanya tentang "peralihan kuasa di Perak", dikatakan tidak dimaklumkan langsung apa yang terjadi. Beliau yang berasa diketepikan oleh Najib, telah memintas calon MB melalui orang kanannya itu, "Mat Kemiyan" dari dalam istana.

Apapun, kedudukan "kerajaan haram" BN Perak semakin goncang dengan perkembangan ini. Selain MIC dan Gerakan yang tidak sehaluan. MCA pula yang berada cukup lemah, Umno Perak terpaksa mengukuhkan kedudukan dengan cara masing-masing. Hamidah hanya dilantik sebagai exco bagi meyakinkan Najib.

Tetapi pada masa yang sama, Zamry "mengikat" empat orang yang diyakini akan mejadio proksinya di Perak, untuk membantunya. Zambry pada 11 Februari lalu mengumumkan pelantikan Dato' Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S.Veerasingam Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India dan Dato' Mohd Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama. Beliau juga mengumumkan pelantikan Dato' Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Chang merupakan Timbalan Pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah Naib Presiden MIC. Dalam pilihan raya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai. Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

Namun begitu, terdapat empat lagi jawatan Exco masih kosong. Apakah ini percaturan Zamry atau Najib, bagi membolehkan kabinet "kerajaan haram" BN Perak itu mudah dikuasai oleh oleh kedua-duanya, mengikut kepentingan kedua-duanya. Menurut sumber, ia tidak mungkin untuk kepentingan bersama, Najib-Zamry.

Paling malang lagi, apabila Nizar memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi semalam, 13 Februari - bahawa Zamry tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar, kedudukan BN Perak makin goyang dan nasib "kerajaan haram" kian goncang.

Siapakah "Mat Kemiyan" yang dikatakan jadi dalang kepada perubahan keputusan istana? Dan menyebabkan Najib gagal untuk menabalkan proksi tegarnya, Hamidah Osman menjadi MB? Apakah Najib akan bertindak kepada "Mat Kemiyan"?

No comments:

Search This Blog