Friday, February 20, 2009
Nazri Aziz pula buat lawak.
"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Selepas se "bundle" menteri BN buat lawak demi lawak, kini sampai pula giliran Nazri Aziz dengan lawak bodohnya.Tetapi lawak Nazir ini terlebih bodohnya kerana sebagai menteri yang jaga undang undang, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyatan tanpa fakta undang undang yang jelas.Dan terlebih bodoh apabila Nazri mengatakan pergantungan MB haram Perak bersama Exconya dari sidang DUN merupakan satu lawak dari speaker DUN Perak.
Bodohnya Nazri kerana tidak menjustifikasikan kenyataannya berdasarkan fakta undang undang dan perlembagaan.Nazri hanya menyatakan ianya satu lawak hanya dengan hujah budak budak yang tidak pernah sekolah dan tidak pandai membaca atau lebih teruk dari hujah budak tadika.Bodohnya Nazri.
Nazri mungkin hanya mahu menunjukan bahawa speaker DUN Perak silap dalam keputusannya tetapi Nazri gagal memberikan huraian undang undang tentang di mana silapnya speaker DUN Perak dalam keputusannya.Nazri juga mengabaikan fakta bahawa MB haram Perak hadir memberi keterangan di hadapan jawatankuasa yang membicarakan mereka, fakta yang menunjukkan MB haram Perak mengiktiraf kedudukan speaker dewan sebagaimana undang undang mengiktiraf kedudukannya sebagai speaker dewan.
Lalu, bagaimana Nazri boleh menyatakan keputusan speaker itu satu lawak?Seolah Nazri cuba memberi tahu tindakan speaker itu merupakan satu tindakan yang tidak berasas dan tidak diterima oleh undang undang sedangkan Nazri tidak pula mengatakan di bahagian mana undang undang yang tidak mengiktiraf keputusan speaker itu.
Nazri sebenarnya telah membuat lawak yang paling bodoh di antara lawak menteri menteri BN berkaitan isu Perlembagaan di Perak.Nazri nampaknya cuba melupakan bahawa hari ini rakyat yang mendengar kenyataan menteri menteri dan PM serta TPM, memberi tumpuan kepada impikasi undang undang dan perlembagaan yang sehingga hari ini masih gagal diberikan oleh mana mana menteri termasuk menteri yang menjaga undang undang.Yang didengar rakyat sehingga kini hanyalah lawak demi lawak dari PM dan menteri menterinya.
PM mengatakan speaker DUN Perak akan ditukar dan dia ada pendekatan undang undang untuk melakukannya sedangkan seluruh peguam dan pengamal undang undang negara tidak menemui satupun pendekatan untuk berbuat demikian dalam undang undang negara tanpa membubarkan dewan.Mulanya inilah lawak yang dikira paling bodoh tetapi dengan kenyataan terbaru Nazri mengenai keputusan speaker DUN Perak mengantung MB haram Perak dan Ecxonya menjadikan ianya sebagai lawak yang terlebih bodoh berbanding dari lawak PM dan lawak lawak menteri menteri lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment