Feb 27, 09 4:55pm |
dikemaskini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut. Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini. Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN. Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut. Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar. Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan. Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar. Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu. Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan. Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi. Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan. Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut. |
Friday, February 27, 2009
Sidang tergempar DUN kusutkan lagi krisis Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Berita gembira buat penyokong Pas, Pkr dan bloggers Pro Pakatan. Awal-awal lagi mereka sudahpun berdendang sayang dan berwel wel karawalee, bergelak-ketawa untuk meraikan kemenangan terhadap Raja ular ini.
Di estet-estet dan kuil hindu mungkin satu majlis keagamaan akan dijalankan meraikan kejayaan Raja Ular ini. Begitu juga dengan surau dan markaz akan mengadakan solat hajat supaya dikembalikan pemerintahan kepada PR.
Pas akan terus menyembah patung Raja Ular ini agar kemenangan berpihak kepada PR. Selain itu patung Karpal juga akan diukir dan diletakkan di semua markaz Pas, sebagai tanda sokongan kepada usaha Karpala menentang sistem beraja. Anwar punya patung nak letak mana? Anwar letak di tengah lah. Sebab dia ketua.
Muslihat Raja Ular ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengangkat kembali kerajaan Dap atau kerajaan Republik Perak. Perak akan menjadi negeri Republik pertama di Malaysia.
Kerajaan baru republikan meletakkan perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri Perak di Muzium Perak Ipoh atau Taiping. Perak akan menjadi negeri sekular pertama pada 3 Mac ini.
Nizar akan di ketepikan dari jawatan MB kerana beliau hanya dilantik menjadi MB setelah diperkenankan oleh Sultan Perak. Sebelum ini pun Ngeh dan Sivakumar menentang keras perlantikan Nizar dari menjadi MB. Mereka DAP mahukan Dato Ngeh menjadi MB.
Bila Ngeh dilantik menjadi MB pada 3 Mac ini , Nizar sekali lagi akan dilucutkan jawatan menteri besar oleh Sivakumar dan Ngeh. Semuanya kerana Pas hanya parti terkecil di Perak. Pas boleh ditunjukkan jalan keluar oleh DAP.
Sekali lagi unit Amal Pas akan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menagih simpati dari rakyat Perak. Sekali lagi Nizar dan kuncu-kuncu akan melarikan kereta Camry untuk mengelakkan dari dirampas oleh Ngeh.
Pas yang dahulu nya abang adik dengan Dap akan bersengketa dan saling kafir mengkafir. Dap mengkafirkan Pas dan Pas mengkafirkan Dap.
Elok lah 2x5= 10. 5x2+10, Pkr sudah terkedu ketika itu, nasi sudah jadi bubur, Amerika akan meletakkan satu ketumbukan tenteranya di Lumut. Hummer dan pesawat Awac berkampung di Lapangan Terbang Ipoh.
Melayu sekali lagi masuk hutan cari pucuk paku, cari sagu untuk makan tengah hari. Anak-anak kecil menangis kesejukan, menangis minta susu. Kucar kacir melayu Perak. nak lari mana? semua pintu sempadan dah ditutup. Melayu akan jadi seperti Palestine di Gaza. menanti saat kematian.
SERONOK MEMBACA TULISAN TAIPINGMALI, KHAYALAN YANG SUNGGUH JAUH. JIKA DIBUKUKAN DAN DIJADIKAN CERITA DONGENG PASTI TAK BERHARGA SESEN PUN.SEKADAR JADI HALWA TELINGA BOLEH LA.
POLITIK KITA MASAKINI DALAM BAHAYA. RAMAI MENGANGGAP PEMUDA UMNO KUAT KERANA BERJAYA MENAHAN SEORANG OKU. DALAM BEREBUT KUASA, JANGAN SAMPAI TERLEPAS KEAMANAN YANG SEDIA ADA.
BANYAK ORANG POLITIK MENGADU DOMBA, MENYALAKAN DAN MEMARAKKAN API KEMARAHAN BANGSA DAN PERKAUMAN. JANGAN LAH SAMPAI TERJADI SEPERTI 13 MEI 1969 LAGI.
Post a Comment