Monday, February 23, 2009

Rupanya Ketua Pengarah SPRM Membalas Jasa, Kerana Pejabat PM Selamatkan Anaknya

" Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang

sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata. Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan.

Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah kanak-kanak" ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.

Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

Sumber : Pahangdaily

No comments:

Search This Blog