FEB 27 — Puluhan billion rasuah yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tak ambil peduli, rasuah lembu korban pulak yang diambil berat. Ini yang Anwar tak setuju sangat. Anwar patut beri kerjasama dari dulu.
Kemukakan semua bukti yang dia ada. Jadi senanglah SPRM nak bertindak. Kalau SPRM tak bertindak, Anwar boleh saja keluarkan semua bukti tersebut dalam media. Kalau media tak keluarkan boleh jaja bukti-bukti tersebut melalui demonstrasi jalanan. Jadi SPRM tak boleh lari atau senang-senang nak tutup kes tersebut.
Sepatutnya masalah rasuah ini sudah boleh diselesaikan kalau Anwar bagi kerjasama penuh. Pasal, kalau berdasarkan cakap dia, seperti dia tahu semua perlakuan jijik pemimpin BN. Penulis sedia jadi budak “despatch” Anwar jika dia benar-benar sedia mengeluarkan semua bukti-bukti yang dia ada untuk dihantar ke SPRM.
Kalau Anwar hanya “cakap tapi simpan” semua bukti tu, bermakna Anwar juga turut bersubahat dengan kemungkaran yang berlaku.
Kalau dia bersubahat bermakna bukan saja dia tidak bertanggungjawab kepada negara dan rakyat, malahan turut bersalah dari sudut pandangan agama.
Kalau kita menceritakan kesalahan yang benar-benar dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, itu dikira mengumpat. Kalau dengan sengaja menceritakan perkara yang tidak tepat tentang sesuatu perkara, itu dinamakan bohong.
Jika memburuk-burukkan orang lain dengan perkara yang tidak pernah dilakukannya, itu dinamakan fitnah. Bila menokok tambah benda yang sikit hingga jadi besar atau mengubah cerita kepada versi baru, itu dikatakan dusta.
Suatu pekerjaan yang menyimpang dari tujuan dikira sebagai satu kesalahan. Kesalahan kecil atau kesalahan besar, tetap termasuk dalam kategori kesalahan.
Tidak ada pulak tuhan cakap berat atau ringannya sesuatu kesalahan rasuah itu dinilai berdasarkan jumlah amaun yang terlibat.
Begitu juga dengan sedekah. Tuhan tidak nilai sesuatu sedekah itu berdasarkan besar atau kecilnya amaun yang disedekah.
Kalau Anwar mempertahankan perlakuan rasuah lembu korban hanya disebabkan orang lain melakukan rasuah yang lebih besar, samalah dengan berkata “aku masuk neraka tingkat atas je, tak macam depa semua tu, masuk neraka paling bawah. Padan muka depa, ambil rasuah nak besaq-besaq sangat.”
Dari satu sudut pulak, setahu penulis amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu.
Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak.
Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.
Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia.
Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik.
Kawan ingatkan konsep kesamarataan ni hanya diperjuangkan dalam urusan pentadbiran dunia je. Rupanya perjuangan mereka-mereka ni terlalu “advance”. Amalan dunia dan amalan suci agama pun mahu disamaratakan.
2 comments:
==============================================================================
Berita gembira buat penyokong Pas, Pkr dan bloggers Pro Pakatan. Awal-awal lagi mereka sudahpun berdendang sayang dan berwel wel karawalee, bergelak-ketawa untuk meraikan kemenangan terhadap Raja ular ini.
Di estet-estet dan kuil hindu mungkin satu majlis keagamaan akan dijalankan meraikan kejayaan Raja Ular ini. Begitu juga dengan surau dan markaz akan mengadakan solat hajat supaya dikembalikan pemerintahan kepada PR.
Pas akan terus menyembah patung Raja Ular ini agar kemenangan berpihak kepada PR. Selain itu patung Karpal juga akan diukir dan diletakkan di semua markaz Pas, sebagai tanda sokongan kepada usaha Karpala menentang sistem beraja. Anwar punya patung nak letak mana? Anwar letak di tengah lah. Sebab dia ketua.
Muslihat Raja Ular ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengangkat kembali kerajaan Dap atau kerajaan Republik Perak. Perak akan menjadi negeri Republik pertama di Malaysia.
Kerajaan baru republikan meletakkan perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri Perak di Muzium Perak Ipoh atau Taiping. Perak akan menjadi negeri sekular pertama pada 3 Mac ini.
Nizar akan di ketepikan dari jawatan MB kerana beliau hanya dilantik menjadi MB setelah diperkenankan oleh Sultan Perak. Sebelum ini pun Ngeh dan Sivakumar menentang keras perlantikan Nizar dari menjadi MB. Mereka DAP mahukan Dato Ngeh menjadi MB.
Bila Ngeh dilantik menjadi MB pada 3 Mac ini , Nizar sekali lagi akan dilucutkan jawatan menteri besar oleh Sivakumar dan Ngeh. Semuanya kerana Pas hanya parti terkecil di Perak. Pas boleh ditunjukkan jalan keluar oleh DAP.
Sekali lagi unit Amal Pas akan mengadakan demonstrasi jalanan untuk menagih simpati dari rakyat Perak. Sekali lagi Nizar dan kuncu-kuncu akan melarikan kereta Camry untuk mengelakkan dari dirampas oleh Ngeh.
Pas yang dahulu nya abang adik dengan Dap akan bersengketa dan saling kafir mengkafir. Dap mengkafirkan Pas dan Pas mengkafirkan Dap.
Elok lah 2x5= 10. 5x2+10, Pkr sudah terkedu ketika itu, nasi sudah jadi bubur, Amerika akan meletakkan satu ketumbukan tenteranya di Lumut. Hummer dan pesawat Awac berkampung di Lapangan Terbang Ipoh.
Melayu sekali lagi masuk hutan cari pucuk paku, cari sagu untuk makan tengah hari. Anak-anak kecil menangis kesejukan, menangis minta susu. Kucar kacir melayu Perak. nak lari mana? semua pintu sempadan dah ditutup. Melayu akan jadi seperti Palestine di Gaza. menanti saat kematian.
apalah yang nak di hairan kan kalau DAP memerintah Perak. pasal depa bukan bumiputera? masa Penang diperintah oleh Gerakan kenapa tak bising macam komen tu....
Post a Comment