Friday, February 27, 2009

Haha..Pemuda UMNO Kena Cucuk!



"

Nak tergelak pun ada melihat perangai pemuda UMNO yang menurut mereka mereka tidak celaka. Benar perkataan 'celaka' itu agak kasar tetapi itu hanya pada persepsi sahaja. Andai perkataan 'celaka' ditambah imbuhan 'ke.....an' menjadilah kecelakaan.


Tetapi perkataan kecelakaan tidak pernah dianggap kesat malah digunakan dalam Buletin Utama.Apabila dicucuk oleh Karpal Singh, dengan label bahawa pemuda UMNO celaka, semua...

Apabila dicucuk oleh Karpal Singh, dengan label bahawa pemuda UMNO celaka, semua puak-puak mereka 'melompat'. Masing-masing menjadi emo tahap gaban dan ini terbukti. Jika nak cari bukti bahawa mereka kirim dua butir peluru, itu masalah mereka dengan Karpal sahaja yang tahu benar atau tidak.

Baru sekali dicucuk, semua sudah melatah dan sudah buka langkah untuk bersilat. Siap jumpa di luar dewan untuk tunjuk keutuhan melayu UMNO mereka ala samseng gitu. Mereka kuat melawan si tua yang cacat, tetapi apabila diajak berdebat contohnya isu PPSMI, tiba-tiba menjadi bacul (simpan keris dalam sarung, hehe...)

Berlainan dengan kejantanan Karpal. Sekalipun sebanyak 100 laporan polis kepadanya, beliau sememangnya tidak 'melompat' kerana beliau itu lumpuh. Beliau tidak mudah melatah tatkala mendapat laporan polis yang banyak daripada laporan polis pertama sehinggalah yang ke seratus. Karpal seperti kapal yang berlayar tenang, tidak karam lagi tenggelam. Boleh jadi juga Karpal ini jenis manusia yang tak makan saman.

Namun, tidak pelik juga andai selepas ini Karpal akan ditambah 100 lagi saman baru kerana menghina pemuda UMNO serta memfitnah mereka. Setiap pemuda bahagian buat satu laporan maka cukuplah untuk melambakkan lagi kertas laporan polis di balai polis berdekatan. Apa punya hal la macam ni punya hal.

Ergh, sekarang jangan main-main dengan pemuda UMNO, mereka tengah bersemangat untuk bulan Mac ini, pemilihan UMNO. Darah tengah gemuruh dan semua tengah semangat. Maklumlah mereka ini akan dihantar ke tempat pilihanraya kecil sebagai agen gerak khas UMNO. Wei, pemuda UMNO pantang di cabar kau tau tak!!!? Sebab Presiden dia dulu ada cakap, ingat lagi tak?

"Saya pantang dicabar!"
Hahahaha..

No comments:

Search This Blog