Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Jika hukuman itu dikekalkan sudah tentu Tian Chua jawatannya akan terlucut secara automatic. Persoalannya sekarang apakah keputusan Mahkamah Rayuan ini dipengaruhi pihak tertentu atau tidak. Jarang sekali keputusan melibatkan Ahli politik bukan BN akan menyebelahi mereka. Keputusan mengurangkan denda ini sehingga menyebabkan Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu menimbulkan kesangsian beberapa pihak.
Ada pihak yang mendakwa keputusan tersebut ‘ada udang di sebalik mee’ kerana andaikata Tian Chua terlucut jawatannya sudah tentu Pilihanraya Kecil akan dilangsungkan. Masalahnya menurut pihak terbabit jika Pilihanraya Kecil dilakukan kemungkinan besar BN akan kalah dan ini akan mencalarkan imej BN yang dikatakan sedang meningkat sekarang.
Batu bukanlah kawasan selamat bagi BN kerana ianya adalah kawasan Bandar dan peratusan pengundi Cina (yang kemungkinan besar masih menyokong BN) yang tinggi juga sudah pasti menggusarkan BN. Atas sebab itulah menurut pihak terbabit ada golongan tertentu cuba menghalang dari pilihanraya kecil ini dijalankan.
Jika benar dakwaan ini maka satu lagi peristiwa malang dalam negara kita kerana mahkamah dipengaruhi oleh pihak tertentu atas kepentingan politik pihak terbabit.
Takutnya Mereka Pada Tok Guru Nik Aziz
Perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam hanya dilaksanakan oleh Mustapha Mohamad walaupun pada asalnya Perdana Menteri, Najib Razak dijadualkan menyempurnakan acara tersebut.
Mengapa Najib tidak sudi hadir merasmikannya? Apakah Najib takut tidak ramai yang akan hadir, bimbang kalau-kalaunya ianya menjejaskan imej beliau yang dikatakan sedang hebat sekarang ini.
Tok Guru Nik Aziz dan anggota Exco kerajaan negeri Kelantan telah memulaukan program tersebut kerana dikatakan ianya melanggarkan persetujuan asal antara kerajaan negeri dan penganjur.
Diberitakan bahawa ada di kalangan tangan-tangan ghaib tidak mahu ucapan Tok Guru Nik Aziz disiarkan secara langsung melalui RTM seperti yang dijadualkan asalnya.
Akhirnya program menerima padah apabila hanya 300 orang sahaja yang hadir pada acara perasmiannya.
No comments:
Post a Comment