Wednesday, June 16, 2010

Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah

Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih.

"Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok.

"Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

No comments:

Search This Blog