Wednesday, June 16, 2010

Najib Jahanamkan Felda - Dr. Tan Kee Kwong

Berikut ini adalah terjemahan surat terbuka oleh Dr. Tan Kee Kwong yang menuduh Najib mufliskan Felda.

Ia sekaligus telah mengesahkan apa yang selama ini sudah menjadi rahsia umum bahawa Felda sudah dijadikan kuda tunggangan oleh Najib dan Barisan Nasional. Kesian orang melayu. Melayu ditipu melayu lagi...lagi...lagi...dan lagiii!! Hidup Melayu!! (Hmm....laungan parti mana itu???)By the way...ini berita yang baru diterima...Bakke Salleh frontrunner as Sime Darby CEO he he...kesian...kesian!! Macam tak de orang lain??Saya menulis surat ini dengan hati yang sangat berat.

Supaya perspektif difahami, selepas jiwa saya lama mencari, saya telah menyertai parti Keadilan pada bulan Ogos 2008.


Dari tahun 1999 hingga tahun 2004, saya adalah Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi kerajaan Barisan Nasional.


Menteri saya, Tan Sri Kasitah Gadam, telah menugaskan saya untuk bertanggung jawab menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai semua hal Felda.


Pada tahun 2004, sebelum Najib mula mencampuri urusan Felda, Felda adalah kebanggaan industri kelapa sawit. Ia mempunyai 75 kilang kelapa sawit, aset bernilai RM 7 Bilion dan wang simpanan berjumlah RM 4.5 Bilion.


Apa yang saya baru saja dengar amat mengecewakan.


Secara terbuka saya menuduh Najib secara tunggal sendirian menghancurkan Felda!


Setakat ini, dari jumlah wang simpanan RM 4.5 Bilion itu, hanya baki RM 200 milion yang tinggal. Bahkan sebenarnya dengan catatan harga CPO selama beberapa tahun terakhir, Felda, jika dikelola dengan baik, mesti mempunyai simpanan wang tunai sebanyak RM 6 Bilion. Sebaliknya apa yang telah berlaku sekarang, Felda hanya memiliki jumlah yang memalukan.


Ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia menonjolkan dirinya untuk bertanggung jawab ke atas Felda. Dia memberikan alasan mengarut bahawa kununnya memandangkan arwah ayahnya, Tun Razak yang mengasaskan Felda, maka Najib harus meneruskan tradisi keluarga menjaga Felda.


Bahkan jika arwah Tun Razak tahu apa Najib telah buat terhadap Felda, arwah akan berpaling dalam kuburnya.


Begitu juga dengan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Alias. Tan Sri Raja Alias melaksanakan tugas yang amat baik dalam mengendalikan Felda.


Alasan sebenarnya mengapa Timbalan Perdana Menteri yang sangat sibuk ingin menguruskan Felda sendiri sekarang sangat jelas, iaitu ingin mempunyai akses kepada simpanan wang Felda yang besar itu.


Apa yang memakan masa 40 tahun yang panjang untuk dibina, Najib hancurkan dalam masa 5 tahun yang singkat.


Rujuk kepada perkara lain, saya baru mendengar di NTV 7, berita bahawa kerajaan BN akan membeli 3 kapal luar biasa untuk Tentera Laut berharga RM 2.2 billion!


Hanya beberapa hari lalu Dato Idris Jala mengumumkan bahawa jika kita tidak waspada, kita akan menjadi seperti Greece dalam lingkungan masa 9 tahun. Jika keadaan sekarang pun sudah begitu teruk, bagaimana kerajaan boleh menjustifikasikan untuk menghabiskan sebegitu banyak wang untuk membeli kapal, sedangkan Dato Idris Jala tegaskan kita tidak punyai wang itu?

Jadi sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat HARUS mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam Pemilihan Umum akan datang. Ini adalah keutamaan kami untuk menyelamatkan negara.


Jika Pakatan mengambil alih dalam masa 20 tahun itu akan terlalu terlambat, kerana negara sudahpun muflis. Jadi, Rakyat Malaysia semua, sila buka mata anda untuk melihat bagaimana negara ini dihancurkan oleh tokoh-tokoh politik yang tamak dan korup dari UMNO / BN.

No comments:

Search This Blog