Wednesday, January 14, 2009

ramalan tok nujum

(HRKH) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.

Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.

Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.

"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi

Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.

"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.

Tambahnya, isu terbesar yang membuatkan pengundi Cina begitu benci pada BN adalah tindakan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa bangsa Cina adalah golongan pendatang.

Katanya lagi, isu tersebut telah digunakan habis-habisan oleh pihak PAS yang menyebabkan pengundi Cina merasa didiskriminasi oleh BN.

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Teruskan perjuangan kamu

Search This Blog