pengalaman telah membuktikan apabila yahudi membunuh dan menceroboh umat islam dan negara palestin, tiada apa yang akan dilakukan oleh PBB mahu pun Amerika. kedengaran cuma cadangan yang tiada tindakan. negara-negara islam pula asyik membuat kutukan demi kutukan keatas israel dan juga meminta amerika untuk menyelesaikan konflik yang kita dah tahu keputusannya.
mengapa negara-negara islam (OIC) tidak mahu sesama sendiri membuat satu tindakan bersama seperti memboikot barangan dan juga mengenakan sekatan keatas israel mahupun amerika. negara kita boleh cuba menjadi penggeraknya. daripada bersidang di parlimen sehari suntuk hanya untuk membuat kenyataan yang akhirnya menjadi seperti anjing menyalak bukit lebih baik mula bergerak kearah itu. tubuhkan angkatan bersenjata bersama seperti pasukan damai PBB dan hantar ke palestin untuk sama sama mempertahankan tanahair dan nyawa umat seagama.
kita semua sedar bahawa damai bukan lah jalan nya untuk menyelesaikan masalah palestin. sudah berapa kali damai yang dianjurkan oleh amerika tapi akhirnya tidak dipatuhi oleh israel. janganlah nak harapkan amerika untuk menyelesaikan konflik palestin. negaranya sendiri pun dikuasai oleh orang-orang yahudi. maka negara OIC sendiri yang kena main peranan untuk menyelamatkan rakyat palestin. walaupun kita tidak segagah amerika dan israel dari segi senjata, tapi kita ada minyak, gas dan pertolongan allah.
No comments:
Post a Comment