syabas spr kerana membuat perubahan didalam prosedur undi pos walaupun sepatutnya undi pos sudah tidak relevan pada zaman ini dan anggota polis dan tentera sepatutnya dibenarkan untuk mengundi seperti pengundi yang lain.
walaupun dibenarkan agen calon untuk memantau dari dekat proses pengundian dijalankan, namun tarikh pengundian yang lebih awal dari hari sebenar menimbulkan keraguan keselamatan kertas undi yang perlu disimpan sebelum proses pengiraan dijalankan pada hari sebenar mengundi. apakah jaminan kertas-kertas undi itu tidak ditukar dengan kertas undi lain. sedangkan bermacam-macam penipuan berlaku pada hari proses pengundian biasa, inikan undi pos.
jika spr ikhlas untuk menjadikan pilihanraya di malaysia adil dan bebas hapuskan lah undi pos dan buat semakan daftar pengundi dengan lebih telus. hilangkan pengundi hantu dari daftar pemilih. gunakan kaedah dakwat seperti yang disarankan.
No comments:
Post a Comment